Berita Hari Ini

Kenderaan Bertambah Di Lebuhraya PLUS, Trafik Masih Terkawal

Trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mulai meningkat dari kedua-dua arah utara dan selatan sejak pukul 10 pagi Jumaat, namun ia masih terkawal.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, trafik bergerak perlahan di beberapa lokasi di lebuh raya utama itu.

“Dari arah utara, trafik bergerak perlahan dari Sungkai menghala ke Slim River, dan sebelum Plaza Tol Juru menghala ke Juru dan Kuala Lumpur.

“Dari arah Selatan, trafik bergerak perlahan dari Nilai menghala ke pusat bandar,” katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Katanya trafik turut bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) berikutan satu kemalangan.

“Kemalangan pada pukul 12 tengah hari tadi melibatkan kedua-dua arah, iaitu dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL menghala ke Shah Alam dan dari Shah Alam menghala ke Seremban. Kenderaan terlibat sedang dialihkan dan terdapat lorong yang ditutup,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, 18 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari ke-10 Ops Sikap-24, menjadikan jumlah kematian 184 orang.

Polis Bukit Aman dalam laman sesawangnya hari ini melaporkan penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak 14 orang.

Sebanyak 15 kes kemalangan maut direkodkan dan daripada jumlah itu, tiga kes dicatat di lebuh raya, jalan persekutuan (lapan), jalan negeri (dua), diikuti dengan satu kematian masing-masing di jalan bandaran dan jalan lain.

Sebanyak 6,334 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");