Berita Hari Ini

Malaysia tarik RM21.3 bilion FDI hingga Jun: PM

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menarik RM21.3 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada separuh pertama tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

“Ini membabitkan lonjakan (kemasukan) FDI sebanyak 76 peratus berbanding FDI RM12.1 bilion pada tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Ini jelas menunjukkan semakin ramai pelabur asing yang mengetahui kelebihan yang ditawarkan oleh Malaysia.

Forum ekonomi dunia dalam laporan saingan global baru-baru ini juga menyatakan Malaysia sudah mencatat kemajuan penting dalam prestasi ekonominya.

Antara 142 negara yang dikaji, Malaysia menduduki tempat ke-21 tahun ini berbanding tangga ke-26 tahun lalu.

Malaysia juga adalah negara kedua dalam kalangan anggota ASEAN dan tempat keenam di Asia Pasifik.

“Peningkatan ketara FDI serta sentimen pelabur yang semakin positif terhadap prestasi ekonomi Malaysia, baik untuk negara,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata, kemajuan Malaysia khususnya dalam institusi dan persekitaran makroekonomi, meningkat 12 anak tangga kepada tempat ke-30.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");