Kolumnis

Mat Sabu: Manusia jenis lupa daratan

Jika dilihat Pas yang dahulunya mendakwa sebagai sebuah parti Islam kini semakin parah dan terdesak dengan perjuangan mereka sehingga sanggup disusup masuk dan bersongkongkol dengan PKM.

Tindakan Mat Sabu baru-baru ini ternyata telah mengguris hati dan menyinggung ramai pihak ekoran kenyataan beliau yang menyatakan Komunis sebagai Hero Kemerdekaan.

Apa yang mahu di hairankan, sebelum ini pun telah berlaku kes Ulama Pimpinan Pas yang mengubah fatwa agama demi kepentingan politik diri cuma bezanya kali ini mereka cuba pula mengubah fakta sejarah.

Jadi bagi Mat Sabu tindakannya itu tidak ada salahnya, sekadar ubah sejarah untuk raih sokongan Cina dan bodek DAP.

Dalam satu perjumpaan antara Adun Ulu Kinta, Datuk Rusnah Kasim dengan beberapa bekas serta balu Polis hari ini menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan kenyataan kurang ajar yang dikeluarkan Mat Sabu.

Menurut Rusnah, sebagai pemimpin nombor dua dalam parti Pas, Mat Sabu tidak sepatutnya mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menyebabkan rakyat tersinggung.

Katanya, sebagai pemimpin, Mat Sabu perlu bertanggungjawab dengan setiap kata-kata yang ingin atau akan diluahkan sebelum ia menjadi kemarahan rakyat.

Jelas Rusnah lagi, sikap Mat Sabu yang seolah-olah menghina bekas-bekas pejuang negara itu sudah tentu tidak boleh dimaafkan oleh mereka yang selama ini mempertaruhkan nyawa untuk menentang komunis.

Malah, tambah beliau, kenyataan Mat Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.

“Bertambah teruk, beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan… jadi perjuangan bekas-bekas polis kita ni sia-sia lah.

“Pejuang-pejuang negara selama ini telah menyumbangkan tenaga dan sanggup mempertaruhkan nyawa… boleh pula dia (Mat Sabu) menganggap mereka ini seolah-olah sebagai pengganas.

“Sepatutnya Mat Sabu… dia sebagai pemimpin yang memegang satu jawatan yang tinggi dalam parti… dia patut luahkan setiap kenyataan dengan bertanggungjawab… kalau tidak maka rakyat akan marah… sikap macam inikah yang kita mahu.

Lebih menghairankan, sikap beginikah yang dipuja-puja penyokong Pas. Kononya mahu memperjuangkan ‘Negara Berkebajikan’ namun sikap Mat Sabu langsung tidak menunjukkan perjuangan itu akan diaplikasikan sekiranya mereka mentadbir.

Bayangkan berapa ramai pejuang negara yang gugur ketika bertempur dengan tentera komunis namun bagi Mat Sabu mereka ini dianggap sebagai pengganas pula. Lebih teruk ada pula yang menyokong kenyataan bodoh pemimpin ini.

Salah seorang bekas Komando Vat 69, Sub Inspektor Ilias Che Mat ketika ditemui begitu kesal kerana wujudnya rakyat Malaysia seperti Mat Sabu yang dianggap sebagai buta sejarah.

Katanya, kepentingan politik telah mengaburi hati dan fikiran Mat Sabu sehingga pemimpin Pas itu langsung tidak boleh berfikir untuk membuat sebarang kenyataan.

“Saya ingin tahu… apakah Mat Sabu lupa dia ada sekarang dan dapat hidup aman damai adalah kerana perjuangan kami selama ini… apakah dia tidak boleh mendapat satu fikiran yang baik bahawa dengan kedudukan dia atau dia duduk dengan kapasiti sebagai pemimpin adalah kerana wujudnya kami bekas-bekas polis yang menyabung nyawa menentang komunis.

“Orang bodoh seperti Mat Sabu ini… sudahlah buta sejarah tetapi masih angkuh mempertahankan kenyataan sendiri… malah tindakan dia telah meracuni fikiran anak-anak muda sekarang.

Jika difikir secara logik, tanpa perjuangan bekas-bekas polis ini, mana mungkin rakyat Malaysia atau lebih khusus Mat Sabu dapat hidup dengan aman sekarang.

Jeterus tambah Ilias, kenyataan Mat Sabu itu sudah tentu telah menyinggung ribuan bekas tentera di Malaysia dan menuntut beliau untuk memohon maaf secara rasmi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");