Berita Hari Ini

Ngo kecewa gagal serah memorandum kepada Mat Sabu

Tiga persatuan bekas anggota beruniform kecewa kerana gagal menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini berhubung kenyataannya menyokong perjuangan komunis yang disifatkan sebagai merendahkan martabat pejuang negara.

Ini kerana pintu ibu pejabat parti itu di sini berkunci dan tiada seorang pun wakil parti itu berada di situ untuk menerima memorandum berkenaan.

Seramai 50 anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) berhimpun mulai 11.30 pagi dengan diawasi 10 orang anggota polis.

Presiden PBPM Shafie Bakri berkata, mereka mahu menyatakan bantahan kepada Mohamad Sabu yang juga dikenali sebagai Mat Sabu kerana kenyataannya bahawa pengganas komunis adalah wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong, Muar, Johor.

“Kami kecewa kerana bukan sahaja pemimpin Pas tidak ada bahkan telah menutup pejabat mereka. Ini adalah surat bantahan daripada rakyat biasa yang kesal dan kecewa dengan kenyataan Mat Sabu itu.

“Pas bukan sahaja telah menghina kami bahkan merendahkan martabat serta merendahkan pejuang negara. Kita akan cuba menyerahkan memorandum ini dan kami akan bawa lebih ramai lagi ahli untuk berhimpun di sini,” katanya kepada pemberita. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");