Perak Hari Ini

Panel klinik bidas Kar Hing

TAPAH – Panel Kesihatan Klinik Kesihatan Tapah membidas kenyataan dikeluarkan Naib Ketua Cabang PKR Tapah, Tan Kar Hing yang mendakwa 200 pesakit terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan itu.

Wakil Panel Klinik Kesihatan Tapah, Khairul Anuar Mustapa, 49, berkata, kenyataan yang dikeluarkan Kar Hing mengenai Klinik Kesihatan Tapah adalah tidak benar dan berbaur politik.

Menurutnya, beliau mempersoalkan tindakan Kar Hing yang tidak berbincang dengan panel kesihatan mengenai masalah itu sebaliknya mengeluarkan kenyataan dalam surat khabar.

“Kami tidak menafikan ada masalah pada klinik kesihatan ini, namun panel kesihatan sering mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalahnya bagi keselesaan penduduk.

“Kami juga sudah menghantar surat kepada Kementerian Kesihatan mengenai kekurangan doktor untuk diberikan perhatian cepat mungkin,” katanya kepada :Sinar Harian.

Khairul Anuar berkata, Klinik Kesihatan Tapah mempunyai dua doktor dan empat pembantu perubatan bagi memberikan khidmat kepada penduduk di kawasan itu.

Bagaimanapun, katanya, apa yang dikesalkan adalah tindakan Kar Hing memberikan kenyataan yang tidak benar dan mengapa tidak berbincang dengan mereka jika mahukan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Sinar Harian, pada 11 Ogos lalu, Kar Hing mendakwa kira-kira 200 pesakit terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan tersebut.

Kar Hing mendakwa, penduduk hanya menerima rawatan daripada pembantu perubatan dan bukan doktor terlatih.

Khairul Anuar berkata, walaupun bilangan doktor di sana hanya dua orang, namun pembantu perubatan boleh memberikan rawatan kepada mereka kerana turut terlatih.

Jelasnya, mentaliti orang ramai terhadap pembantu perubatan ini perlu ditukar ke arah positif kerana mereka adalah golongan yang mempunyai ilmu dalam memeriksa kesihatan.

“Namun, masalah kekurangan doktor di Klinik Kesihatan Tapah sudah dimaklumkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk diberikan perhatian sewajar oleh pihak berkenaan,” katanya.-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");