Perak Hari Ini

Pas Dicabar Buat Sendiri Misi Bantuan Kemanusiaan Jika Mereka Lebih Bijak Dari Orang Lain, Kata Ahli Parlimen Parit

Tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang cuba menyalahkan Umno ekoran kematian jurugambar BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Noor akibat terkena tembakan curi di Somalia amat dikesali serta tidak bertanggungjawap, kata Ahli Parlimen Parit Mohd. Nizar Zakaria.

Menurutnya, mereka (pembangkang) hanya pandai mencari kesalahan orang lain dan memperburukan apa sahaja yang dilakukan oleh Umno termasuk Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia .

“Sepatutnya mereka (pembangkang) berbangga dengan misi bantuan yang dipelopori oleh rakyat Malaysia sendiri yang sentiasa menganjurkan program sedemikian ke negara lain termasuk ke Gaza , beberapa bulan lalu.

“Tetapi, puak ni (pembangkang) memang tiada kerja lain… hanya pandai mencari kesalahan orang lain sahaja.

“Sehubungan itu, saya mencabar mereka terutamanya Pas supaya mereka membuat sendiri misi yang sama ke mana-mana negara samaada ke Somalia atau Iraq jika mereka lebih pandai.. jangan pandai cakap sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parit pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas komen, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa Kelab Putera 1Malaysia lebih mementingkan publisiti mereka daripada keselamatan seluruh anggota misi bantuan kemanusiaan di Somalia baru-baru ini.

Mahfuz berkata, Pengerusi kelab tersebut, Datuk Azeez Abdul Rahim tidak seharusnya mengutamakan liputan kepada misinya namun harus menekankan tujuan misi dan aspek keselamatan seluruh anggota misi. – Nooraini Mahamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");