Kolumnis

PAS SEMAKIN SAH TIDAK MENGIKUT AJARAN ISLAM

Para pencacai PAS mengutuk Azeez Rahim dan Kelab Putera 1Malaysia, bahkan meletakkan seluruh kesalahan ke bahu UMNO kerana kematian jurukamera BERNAMA TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor akibat tembakan curi African Union pada 4 Syawal lalu. Kata mereka, itulah balasan daripada publisiti yang dikejar oleh Azeez Rahim sehingga memerlukan korban seorang rakyat Malaysia.

Namun sedar tak sedar, PAS sebenarnya sedang menjauhi ajaran Islam padahal mereka mengatakan, merekalah pejuang Islam. Mana-mana perjuangan dan tindakan UMNO, semuanya tidak lebih Islam berbanding PAS.

Dalam hal ini, PAS telah pun menunjukkan belang bahawa mereka sebenarnya tidak lebih daripada gerombolan munafik yang akan mencebik dan mencemik apabila pihak yang mereka tohmahkan mendapat pujian dan pengiktirafan.

Tentunya ada yang pernah terbaca riwayat Imam As-Syafie rahimahullah dengan 500 dirhamnya. Sedekah yang dilakukan oleh Imam As-Syafie sehingga tiada satu dirham pun tertinggal pada dirinya, menyebabkan Yahya bin Khalid Al-Barmaki, salah seorang panglima tertinggi Khalifah Harun Ar-Rasyid tidak senang duduk dan akhirnya ‘mengembalikan’ semula 500 dirham tersebut kepada Imam As-Syafie.

Yahya Al-Barmaki dan seluruh keluarganya dibunuh oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid atas sebab-sebab yang tidak diketahui sehingga kini.

Seharusnya pemimpin-pemimpin PAS cemburu kerana Azeez Abdul Rahim yang mereka cerca itu melakukan kebaikan dengan membahayakan nyawanya sendiri di Somalia. Somalia bukanlah seperti Titi Serong atau Bukit Berapit di Bukit Gantang. Di Somalia, peluru-peluru senjata api jauh lebih murah dan mudah ditemui serta digunakan berbanding sebiji gandum mahupun sebutir jagung. Nyawa manusia di sana amat murah sehinggakan kematian berlaku bukan sahaja kerana kemarau tetapi kerana peluru senjata api.

Islam mengajar umatnya agar cemburu dan saling bersaing melakukan kebaikan dan kebajikan. Namun apa yang dipertontonkan oleh PAS ialah, sesiapa sahaja jikalau bukan dari kalangan PAS yang melakukan kebaikan dan kebajikan, maka mereka harus dihina, diperlekehkan dan dicaci nista. Tidak cukup dengan alasan teknikal, maka mereka akan mengungkit-ungkit tentang asal keturunan orang yang membuat kebajikan tersebut.

Agak menarik sebenarnya untuk dinilai antara kebaikan yang dilakukan oleh Azeez Rahim serta kumpulannya berbanding ‘kebaikan’ yang dilakukan oleh kumpulan PAS di Malaysia. Walaupun PAS cuba untuk tidak ketinggalan dengan mengadakan satu ‘rombongan’ kebajikan ke Gaza, namun apa yang dilakukan oleh PAS sebenarnya amat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Cukup dengan membawa seorang jurugambar, maka serahan apa yang dinamakan kebajikan itu dibuat di dalam bilik berhawa dingin. Selepas membuat serahan, orang PAS berkenaan akan pulang semula ke Malaysia dan mewuar-uarkan bahawa mereka telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang manusia.

Konon-kononnya, apa yang dilakukan itu jauh lebih bijak dan jauh lebih berintegriti berbanding Azeez Rahim serta Kelab Putera 1Malaysia yang dikhabarkan hanya mencari publisiti.

Gelagat yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS yang disokong oleh DAP dan PKR, jelas menunjukkan semangat dan roh Islam telah menjauhi diri mereka. Tiada lagi Islam pada para pemimpin PAS sebaliknya yang tinggal hanyalah kegilaan melampau untuk mendapatkan pengaruh dan publisiti.

Hasad dengki kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh Azeez Rahim ternyata menyebabkan para pemimpin PAS kehilangan perjuangan mereka sendiri. Mereka bukannya ingin sama-sama melakukan kebajikan sebaliknya kebajikan yang dilakukan oleh Azeez Rahim ditempelak serta dipertikaikan.

Itu baru dari segi melakukan kebajikan sesama manusia. Belum lagi melakukan kebajikan kepada Allah Taala!

Yang sahihnya, PAS semakin jauh dari Islam dan Islam pada mereka hanyalah BERBENTUK KERTAS UNDI!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");