Hentian rehat Ladang Bikam dan Taiping Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan esok, 13 September.
Dalam kenyataan di sini, hari ini, Plus Expressways Bhd (PLUS), berkata hentian rehat Ladang Bikam (utara) di KM249.30 akan ditutup selama dua jam mulai jam 9 pagi manakala hentian rehat Taiping (utara) di KM213.00 akan ditutup dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
Sehubungan itu, katanya, PLUS menasihatkan orang ramai menggunakan hentian rehat lain untuk berhenti rehat dalam perjalanan mereka di lebuh raya itu.
– BERNAMA
Komen & Pendapat