Isu Panas, Perak Hari Ini

Pro Komunis atau Pro Penjajah

Berikutan dengan kelancangan mulut si bebal Timbalan Presiden Pas, satu Wacana Peristiwa Bukit Kepong:Siapa Wira Sebenar? Diadakan bagi menjawab persoalan golongan ‘Buta Sejarah’ seperti Mat Sabu.

Empat penceramah seperti Ahli Sejarahwan Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim, Mantan Ketua Polis, Tun Hanif Omar, Mantan Ketua Polis Perak, Tan Sri Yuen Yuet Leng serta Pensyarah Uitm, Prof Dr. Rahmah Adam hadir bagi membuka mata dan fikiran terutama dikalangan golongan muda berkaitan isu tersebut selain menerangkan siapa sebenarnya Mat Indera seperti yang dilaung-laungkan pemimpin pembangkang.

Apa yang dilihat, rata-rata kesemua penceramah ini dengan tegas menyatakan Mat Indera adalah pengganas serta pengkhianat negara yang sanggup menjadi ‘Anjing Komunis’ dan membunuh dengan kejam rakyat sebangsa dan seagama dengannya.

Ketika mengimbau kembali saat-saat kejadian di Bukit Kepong itu, Tun Hanif yang kelihatan sebak berpendapat kekejaman pihak komunis keatas anggota, pengawal serta isteri dan anak-anak polis disitu hanya dilakukan oleh Tentera Nazi dan semasa pemerintahan Jepun.

“Cuba anda banyangkan bagaimana 18 anggota, 3 plis bantuan, 4 pengawal dan 13 orang isteri dan anak-anak diserang dan mereka berada di dalam dua buah bangunan kayu terkepung dan dihujani peluru-peluru dari lebih 200 laras senjata api selama 5 jam.

“Bertambah teruk ada diantara penyerang tersebut adalah orang melayu sendiri…saudara satu bangsa…kita boleh fikir… siapalah wira sebenar… anggota-anggota ini bertahan sehingga saat terakhir demi mempertahankan balai yang menjadi lambang kepada kedaultan dan kekuatan negara.

Tambah Tun Hanif lagi, pada dasarnya pihak komunis mempunyai pemikiran ‘Anti-Penjajah’ dan anggota-anggota polis pula disifatkan sebagai golongan ‘Pro-Penjajah’.

Bagaimanapun tambah beliau, sekiranya rakyat termasuk Mat Sabu benar-benar mendalami sejarah negara ini, maka tidak timbul persoalan tali barut British atau Anjing Penjajah.

Katanya, ini kerana Tanah Melayu bukanlah tanah jajahan British seperti yang berlaku pada negara India, sebaliknya Malaya masih dibawah kekuasaan Sultan dengan beberapa perjanjian antara kedua-dua pihak.

“Pihak British bukanlah menjajah kita…perlu diingat ketika itu pemimpin melayu sendiri memerlukan perlindungan dari British lalu mereka membantu kita dalam aspek pentadbiran… hasilnya negara kita mendapat kemerdekaan dan mampu membangunkan negara sendiri.

“Tetapi apa pula impaknya komunis kepada negara kita… hanya pertumpahan darah sahaja yang berlaku… Mat Sabu menyatakan Polis ketika itu kroni British yang membantu kita mendapatkan kemerdekaan sebaliknya menyatakan komunis sebagai Hero yang semua orang tahu tenteranya hanya menyeksa dan membunuh rakyat,” katanya.

Pendapat Tun Hanif itu turut dipersetujui oleh Yuen Yuet yang sama-sama mempertahankan negara ketika kekejaman komunis berleluasa.

Katanya, kekejaman komunis sememangnya sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan fikiran waras kerana hanya golongan berkenaan yang sanggup membunuh tanpa rasa perikemanusiaan.

“Saya tidak faham mengapa komunis atau golongan-golongan yang menyertai PKM diagong-agongkan sekarang… perkara ini semua orang pun telah maklum… kedatangan komunis telah banyak membinasakan negara selain meragut banyak nyawa,” tambah beliau.

Sesi Wacana selama 3 jam itu telah mendapat sambutan ramai pihak termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang hadir bersama-sama lebih 1,000 rakyat bagi mendengar hakikat sebenar peristiwa di Bukit Kepong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");