Isu Panas

PRU-13: PAS sasar 60 kerusi Parlimen

KUALA TERENGGANU, 1 Sept — PAS menyasarkan untuk menang 60 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

“Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen,” kata beliau (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Kompleks PAS Kuala Terengganu.

Pada 2008, PAS bertanding di 66 kerusi dan menang 23 kawasan.

PAS menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) tiga tahun yang lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Hadi berkata, PAS menyasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

“Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang,” katanya.

Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.

“Kalau nak undi Islam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi pekerti dan pujukan… saya yakin mereka boleh berubah.

“Perlu ambil masa, sabar… pujuk mereka… perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita,” kata beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");