Berita Hari Ini

PSC pilihan raya: TPM akan namakan 5 Ahli Parlimen BN

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menamakan lima Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) dalam Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) mengenai Pilihan Raya tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Muhyiddin akan mengemukakan senarai nama itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Tiga MP dari pembangkang dan seorang MP Bebas boleh juga mengemukakan nama kepada Tan Sri Pandikar sebelum saya membentangkan usul itu pada sidang Parlimen Oktober ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan sebuah PSC khas bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan dalam proses pilihan raya.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan seorang menteri Kabinet.

Nazri berkata, beliau telah membentangkan satu memorandum yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penubuhan jawatankuasa itu kepada Kabinet hari ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");