Perak Hari Ini

Syarikat telekomunikasi disaran batal cukai perkhidmatan

Kerajaan Perak menyatakan pendirian tidak menyokong pelaksanaan cadangan syarikat telekomunikasi yang mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna talian prabayar kerana memberi kesan negatif kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah menyatakan keprihatinannya terhadap bebanan yang akan dihadapi rakyat sekiranya cadangan itu dilaksananakan.

“Saya dimaklumkan Perdana Menteri sedang meneliti perkara ini dan satu pengumuman mengenainya akan dibuat sedikit masa lagi.

“Ini kerana majoriti pengguna talian prabayar terdiri mereka berpendapatan sederhana dan pelajar,” katanya.

Zambry berkata, orang ramai perlu menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna sekiranya rundingan yang dibuat kerajaan dengan syarikat telekomunikasi itu supaya tidak melaksanakan cadangan berkenaan gagal.

“Jika mereka masih ingin teruskan juga, saya percaya kita mempunyai pilihan lain,” katanya.

Ketika mengulas mengenai gesaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang mahu kerajaan campur tangan dalam perkara ini, Zambry menjelaskan kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menghalang syarikat telekomunikasi daripada melaksanakan strategi perniagaan mereka.

“Apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan prinsip ekonomi dan amalan pasaran yang ada peraturannya tersendiri. Kerajaan harus ambil kira perkara ini sebelum buat sesuatu tindakan,” katanya.

– PERAK BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");