Berita Hari Ini

Syukur anak mati jihad

“Saya bersyukur anak meninggal dalam jihad. Ketika pengebumian tadi (semalam), wajahnya berseri-seri,” kata Naemah Abd Majid, 63, ibu Noramfaizul Mohd Nor, 40, selepas majlis pengebumian, semalam.

Naemah berkata, dia dan suami, Mohd Nor Mat Yassin, 66, bangga dengan pengorbanan anak lelaki tunggal daripada lima beradik itu bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia.

Menurutnya, lebih membanggakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap anaknya sebagai wira negara kerana bersedia bertugas di luar negara, khususnya di negara bergolak.

“Saya reda dan menyifatkan kejadian ini sebagai suratan takdir.

“Namun, naluri seorang ibu, kematian tetap diratapi kami sekeluarga kerana arwah adalah harapan keluarga,” katanya. Sementara itu, Mohd Nor berkata, dia tidak dapat melupakan permintaan terakhir arwah anaknya yang mahu isterinya menyediakan sambal ikan bilis kegemarannya untuk dibawa bersama.

“Setiap kali dia mahu bertugas di luar negara, arwah akan membawa sambal ikan bilis masakan ibunya.

“Menu ini wajib dibawanya dan tak sangka ini permintaan terakhirnya,” katanya yang menyifatkan anaknya pendiam, tetapi ceria.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");