Perak Hari Ini

Universiti bertaraf dunia bakal wujud di Perak

Perak sekali lagi mengukir detik sejarah dalam usaha membangunkan pendidikan di negeri itu menerusi  Memorandum Persefahaman (MOU) antara kerajaan negeri dan salah sebuah Universiti dari Jaipur, India.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu MOU tersebut merupakan penanda aras kepada kerajaan negeri kearah misi menjadikan Perak sebagai Hub Pendidikan di negara ini.

Selain itu katanya, menerusi Perak Educity kerajaan negeri mensasarkan lebih banyak Institusi Pengajian Tinggi bakal diwujudkan menjelang tahun 2020.

Tambah beliau, usaha itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam menjadikan Perak sebagai negeri berpengetahuan tinggi dengan melahirkan lebih ramai graduan dan para ilmuan.

“Bagi merealisasikan hasrat itu, kerajaan negeri telah pun mengenalpasti beberapa kawasan untuk dibangunkan dalam usaha mengembangkan pendidikan pengajian tinggi.

“Jadi antara yang telah kita kenalpasti adalah disekitar laluan Ipoh-Sri Iskandar, Tapah, Tangjung Malim, Gopeng, Kampar dan bahagian Utara Perak.

“Apa-apa pun kita harapkan Perak dapat menjadi pengeluar kepada tenaga kerja professional  melalui graduan-graduan yang mendapat pendidikan tertinggi dari Institusi Pengajian Tinggi di negeri ini,” katanya.

Zambry ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani MOU antara Perak Educity yang diwakili Pengerusinya, Datuk Abdul Rasid Ghani dengan pihak Universiti Jaipur, India yang diwakili Pengarah institusi berkenaan, Sadeep Bakshi.

Menurut Sadeep, bersesuaian dengan misi menjadikan Perak sebagai Hub Pendidikan pemilihan pembinaan universiti di negeri itu dianggap sebagai paling strategik.

Malah katanya, pihak universiti dalam masa yang sama berharap dapat membantu kerajaan negeri dengan melahirkan golongan professional dalam pasaran tenaga kerja di negara ini.

Jelas beliau, dengan kos pembinaan yang bakal menelan sekitar USD 50 juta itu, universiti berkenaan akan menawarkan pelbagai jurusan terutama dalam bidang kejuruteraan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");