Berita Hari Ini

Waspada Dengan Pihak Cuba Ubah Kebenaran Sejarah Negara

Rakyat perlu berwaspada dengan pihak tertentu yang cuba mengubah kebenaran sejarah kemerdekaan negara dan menafikan jasa pemimpin terdahulu, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, pihak berkenaan yang sering bersandiwara dalam dakyah mereka, mahu mengelirukan rakyat supaya mengagungkan anasir komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Pemimpin terdahulu seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar adalah pejuang kemerdekaan, mereka memilih cara rundingan dan bukannya menumpahkan darah dalam menuntut kemerdekaan negara, katanya semasa berucap selepas sembahyang Jumaat di Masjid Nur Saadah, Kampung Pengkalan Batu di sini, Jumaat.

Mohd Ali mengulas kenyataan kontroversi yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu baru-baru ini dilaporkan turut mendakwa Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak layak menjadi pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh itu adalah pegawai British.

Dalam perkembangan lain, Mohd Ali berkata, pendirian kerajaan Melaka mengenai fahaman Syiah adalah jelas iaitu melarang mana-mana pihak menyebarkannya kepada umat Islam di negeri ini.

Beliau berkata, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat menyebarkan fahaman tersebut melalui undang-undang sedia ada.

Jaim baru-baru ini, menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai menjadi markas Syiah di negeri ini.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buah buku dan risalah fahaman itu yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditemui dan siap dibungkus untukdiedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");