Berita Hari Ini

Zahid: Umno perlu satukan perpaduan Melayu hadapi PRU

IPOH, 12 Sept — Pemimpin dan anggota Umno digesa mencari jalan untuk menyatukan rakyat akar umbi, khususnya Melayu bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus meneraju negara pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata kejayaan BN pada pilihan raya umum kelak bergantung kepada keberkesanan jentera parti di akar umbi dalam memikat pengundi agar bersatu di bawah payung Umno dan BN.

“Oleh itu kita mesti mengambil langkah tertentu menyatukan perpaduan Melayu di bawah payung Umno dan BN tanpa mencari isu remeh-temeh yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah terbina sejak dahulu lagi,” katanya di sini malam tadi.

Dipetik Bernama Online, Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, matlamat BN pada pilihan raya umum akan datang bukan saja untuk kekal meneraju negara, tetapi juga mahu menawan semula kerusinya yang hilang ke tangan pembangkang.

“Oleh itu peranan ahli Umno di peringkat akar umbi sangat relevan dan perlu diteruskan tanpa jemu sehingga sampai musim pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau juga menegaskan, tidak ada gunanya Umno muncul sebagai parti yang kukuh jika gagal membantu BN menambah kerusi pada pilihan raya itu kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");