Perak Hari Ini

93.9 peratus aduan MBI diselesaikan sehingga 27 September

Bagi tempoh Januari hingga 27 September lalu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima sebanyak 7,586 aduan, 93.9 peratus atau 7,113 daripadanya telah berjaya diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan itu.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim, berkata sebanyak 473  kes atau 6.1 peratus lagi dalam tindakan jabatan-jabatan yang berkenaan.

“Majlis mendapati aduan tertinggi diterima adalah dari zon pusat Bandar (1,913 kes) dan jenis aduan tertinggi diterima adalah aduan mengenai perkhidmatan bandar berjumlah 1,727 kes.

“Manakala saluran aduan tertinggi adalah datang sendiri atau bersemuka iaitu sebanyak 4,441 kes,” katanya di Ipoh.

Sementara itu, bagi sepanjang September, sebanyak 47 kompaun bernilai RM11,750 dikeluarkan melibatkan kes pembuangan sampah haram di sekitar pusat bandar.

Kompaun juga katanya, dikeluarkan hasil empat tangkapan haiwan ternakan merayau di bandar Menglembu, Bandar Baru Lahat dan Jalan Lahat.

“Dalam tangkapan itu, empat ekor kerbau dan seekor lembu berjaya ditangkap dan kita mengeluarkan empat kompaun dengan jumlah denda RM4,000,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, sehingga 20 September lalu, pihak Majlis katanya, telah meluluskan 171 unit pelan.

Tambahnya, empat Sijil Layak Menduduki (SPLM) untuk 58 unit premis turut diluluskan pada bulan lalu.

“Dalam tempoh itu juga, sebanyak 29 permit sementara untuk kerja-kerja kecil telah diluluskan oleh pihak Majlis,” kata Roshidi lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");