Perak Hari Ini

Apa sudah jadi kempen kitar semula tahun 2000?

IPOH – Apa sudah jadi dengan Program Kitar Semula yang dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dilancarkan pada 2000 oleh Datuk Seri Ong Ka Ting (ketika itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)?

Selepas tahun 2005, boleh dikatakan tidak kedengaran lagi kempen berterusan dan adakah kita boleh klasifikasikan ia sebagai sebuah kempen yang gagal?

Kita boleh lihat pembinaan tempat pengumpulan bahan kitar semula berselerak di merata negeri dan apa yang menyedihkan tempat berkenaan kini terbiar malah menjadi tempat pengumpulan sampah sahaja.

Senario itu kita boleh lihat di mana-mana dan kempen berkenan yang menelan belanja ratusan juta ringgit gagal menyedarkan rakyat serta gagal dilaksanakan dengan baik.

Seorang pengguna, Mohd Jaffri Malik, 36, berkata, tempat kitar semula kebanyakannya dibina berdekatan dengan kawasan perumahan dan kini ia membawa masalah kepada penduduk setempat kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan binatang liar.

Katanya, tempat mengitar semula barangan telah menjadi tempat pembuangan sampah sarap hingga mencetuskan rasa gusar di kalangan penduduk apabila ia dijadikan tempat membuang sampah.

“Saya agak pelik apakah keperluan membina tempat pengumpulan kitar semula sedangkan kewujudannya seolah-olah tidak disedari oleh masyarakat setempat malah bagi saya ia satu benda yang membazir.

“Akhirnya saya lihat tempat pengumpulan barangan kitar semula itu pun sudah tidak lagi berfungsi malah orang ramai mengambil inisiatif membuang pula sampah di situ dan mengakibatkan mengeluarkan bau yang amat kurang menyenangkan,” katanya kepada Perak Today.

Lebih membimbangkan, masalah anjing liar berkeliaran di kawasan berkenaan turut menggusarkan penduduk apatah lagi tempat pengumpulan dijadikan sarang untuk berteduh oleh kumpulan anjing berkenaan.

“Apabila segelintir pihak membuang sampah di situ maka ia akan menarik perhatian anjing liar dan sekali gus menjadikan kawasan berkenaan sebagai sarang mereka serta boleh dilihat banyak sampah yang berlonggok dikiraikan oleh anjing.

“Keadaan bertambah buruk apabila hujan kerana menimbulkan bau yang kurang menyenangkan malah air yang bertakung kelak bakal menimbulkan pula masalah denggi dan perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan,” katanya.

Jaffri berkata, pihaknya melihat keperluan meletakkan satu tong sampah besar di kawasan terbabit bagi memudahkan penduduk berdekatan.

“Saya melihat keperluan meletakkan tempat pembuangan sampah besar itu memang ada kerana kegunaannya memang amat diperlukan daripada membiarkan orang ramai membuang sampah di sini.
“Bagi saya jika kempen ini sudah menemui jalan buntu, lebih ia dirobohkan atau diletakkan tong sampah sekaligus menyelesaikan masalah tempat anjing liar serta pembuangan sampah di tempat yang tidak sepatutnya dibuang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");