Sukan Hari Ini
Like

Barcelona resah barisan depan kian goyah

October 19, 2011
161 Views
0 Comments
1 minute read
Barcelona resah barisan depan kian goyah

BARCELONA: Tatkala kebanyakan tumpuan diberikan kepada gandingan serangan Barcelona, pertahanan mereka kini tampak jauh lebih mantap untuk memburu kemenangan kelima berturut-turut apabila menanti kunjungan juara Republik Czech, Viktoria Plzen dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.

Anak buah Pep Guardiola menampilkan permulaan goyah dalam kempen Liga Juara-Juara, dengan kelemahan pertahanan menyaksikan mereka seri dua daripada tiga perlawanan awal termasuk seri 2-2 di laman sendiri ketika menentang AC Milan pada perlawanan pembukaan Kumpulan H.

Kecederaan melanda Carles Puyol, Gerard Pique dan Eric Abidal memburukkan lagi keadaan tetapi tatkala juara Eropah itu berdepan satu lagi kekecewaan Sabtu lalu apabila Pique terhincut-hincut ketika menewaskan Racing Santander 3-0, mereka kini tampak lebih mantap di bahagian pertahanan. Penjaga gol, Victor Valdes tidak bolos sebarang gol dalam empat perlawanan sejak Barca seri 2-2 di tempat lawan kepada Valencia, bulan lalu.

Kecederaan secara amnya satu masalah utama buat pasukan Catalan itu dengan sembilan pemain dilaporkan mengalami cedera sejak Ogos, dan Pique akan tersisih dua minggu akibat kecederaan pangkal paha.

Bagaimanapun, Andres Iniesta kembali ke kesebelasan utama selepas tersisih sebulan. Cesc Fabregas juga kembali berlatih tetapi dijangka tidak cergas untuk tempoh dua minggu lagi selepas permulaan cemerlangnya bersama Barca tersekat akibat kekejangan otot, manakala Alexis Sanchez dan Ibrahim Afellay juga tersisih untuk jangka panjang.

Adalah penting berehat untuk pulih sepenuhnya dan tidak menjadikan kecederaan bertambah teruk, akui Abidal.
Kami perlu berhati-hati kerana ada banyak perlawanan musim ini dan kami perlu berada dalam prestasi terbaik. AFP

Komen & Pendapat

Leave a Reply