Berita Hari Ini

Belanjawan 2012 Mesra Rakyat: Pemimpin Negeri

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin negeri menganggap Belanjawan 2012, yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat sebagai belanjawan mesra rakyat selain menjamin pengukuhan ekonomi dan kestabilan politik negara.

Mereka melihat perancangan yang dibuat menerusi belanjawan berjumlah RM232.8bilion itu amat menyeluruh dan memberi manfaat kepada semua peringkat rakyat.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata belanjawan itu adalahkesinambungan terhadap usaha dan tindakan kerajaan pusat yang ditunjangi BarisanNasional (BN) untuk memakmurkan negara.

Beliau berkata belanjawan itu jelas menunjukkan kepentingan dan kebajikanrakyat didahulukan serta kesungguhan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dalammenghadapi cabaran global.

“Saya juga melihat insentif dan inisiatif yang diberikan kepada sektorswasta akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam satukenyataan di Kuala Terengganu, Jumaat.

Di KUANTAN, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pula berkata elanjawan itu merupakan yang paling hebat dan menyeluruh kerana memberi manfaat epada semua lapisan rakyat.

Di KANGAR, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu gembira kerana belanjawan yang dibentangkan turut memberi penekanan terhadap negeri-negeri yang diancam banjir termasuk Perlis.

Beliau berharap masalah banjir yang sering melanda negeri itu yang menimbulkan keresahan di kalangan rakyat akan dapat ditangani melalui pelaksanaan rancangan tebatan banjir.

Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PerdanaMenteri kerana membentangkan belanjawan ‘luar biasa’ yang mengandungi suntikan dan insentif yang memberi kelegaan kepada rakyat terutama rakyat golongan berpendapatan sederhana dan rendah termasuk peneroka.

“Ia adalah belanjawan terbaik untuk kesejahteraan rakyat yang menjamin pengukuhan ekonomi dan kestabilan politik negara ini”, katanya dalam satukenyataan.

Beliau berkata semua pihak dijangka mendapat manfaat daripada pembentanganbelanjawan tranformasi ini yang meliputi pendidikan, sosial, kebajikan danekonomi dan kemasyarakatan.

“Pelbagai pendekatan radikal ini sudah tentu menambah baik mutu kehidupanrakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Di JOHOR BAHARU, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata rakyat negeri itu bakal menikmati pembangunan infrastruktur yang memberi manfaat terhadap perkembangan ekonomi di negeri itu.

“Beberapa projek infrastruktur seperti landasan berkembar Gemas ke JohorBahru, Lebuhraya Tangkak ke Segamat, tebatan banjir bandar dan Sungai Segamatdan Lebuhraya Pesisir Johor Bahru ke Nusajaya di Iskandar Malaysia memberimanfaat besar pada rakyat Johor,” katanya.

Beliau berkata Belanjawan 2012 itu komprehensif, inklusif dan seimbang sertamemperjuangkan kebajikan rakyat dan menyediakan landasan untuk pembangunanekonomi negara akan datang.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");