Sukan Hari Ini
Like

Dua Pemain Kebangsaan Diberi Peluang Cuba But Nike T90

October 21, 2011
90 Views
0 Comments
1 minute read
Dua Pemain Kebangsaan Diberi Peluang Cuba But Nike T90

Dua pemain utama skuad bola sepak negara diberi peluang mencuba but terbaru Nike model T90 Laser sepanjang perlawanan dan latihan.

Pengarah Pemasaran Nike Malaysia Joan Yeoh berkata syarikatnya ingin memberi peluang kepada pemain negara mencuba keunikan but itu kerana ia direka khusus untuk pemain bahagian hadapan atau penyerang.

“Saya harap mereka (pemain kebangsaan) akan merasa selesa menguna but T90 Laser dan terus menjadikannya sebagai but pilihan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan but tersebut kepada media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tidak dapat mengumumkan nama penyerang kebangsaan berkenaan sehingga tamat tempoh mereka mencuba but itu pada Disember depan.

Joan berkata model terbaru itu direka mengunakan teknologi tinggi dan ia adalah 20 peratus lebih ringan daripada edisi sebelum ini.

“But ini juga direka berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh penyerang utama kelab Manchester United, Wayne Rooney, terhadap model but sebelum ini,” katanya sambil menambah but itu memiliki cengkaman kuat dan dapat membantu pemain menjaringkan gol yang padu.

But terbaru Nike itu, yang dijual pada harga RM729, dilancarkan di Malaysia pada 17 Sept lepas.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply