Perak Hari Ini

Dun Sungai Rapat sudah capai Setinggan Sifar

Sungai Rapat menjadi Dun pertama yang berjaya mencapai matlamat setinggan sifar sebelum tempoh ditetapkan iaitu pada 2012.

Adun nya, Datuk Hamidah Osman memberitahu  penempatan di Kampung Kamariah dan Kampung Pasir Tambahan adalah yang terakhir kumpulan setinggan yang terakhir sebelum kerajaan negeri membuat keputusan untuk meluluskan pembinaan kampung tersusun.

Katanya, tanah seluas 18 ekar itu akan dijadikan penempatan baru kepada lebih 46 keluarga yang tinggal di kedua-dua kampung berkenaan.

“Jadi hari ini saya umumkan berita gembira kepada penduduk kampung ini bahawa kerajaan negeri telah meluluskan tanah berkenaan di kawasan persekitaran… maka dengan kelulusan ini kita telah menyelesaikan masalan setinggan di dun sungai rapat sepenuhnya.

“Saya harap penduduk di kedua-dua kampung dapat menghembus nafas lega kerana kebanyakkan mereka telah menjadi setinggan di sini sejak 35 tahun lalu,” katanya.

Tambah Hamidah, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius terhadap golongan setinggan dan atas dasar itu matlamat Setinggan Sifar 2012 dilaksanakan.

Justeru katanya, pemimpin negeri itu perlu lebih bekerja keras dalam usaha memastikan tidak ada lagi penempatab setinggan di Perak.

Hamidah ditemui selepas mengumumkan berita baik itu kepada penduduk Kampung Kamariah di Batu Gajah semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");