Kolumnis

Harap Johor tak maafkan Guan Eng dan saman dia segera..!!!

Baru-baru ini kecoh mengenai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP yang telah memburuk-burukkan negeri Johor. Dalam kenyataannya, Guan Eng memberitahu sebuah media dari Australia bahawa negeri Johor tidak selamat kerana banyak jenayah berlaku di negeri paling selatan tanahair itu.

Guan Eng tanpa berfikir panjang turut memberitahu media luar negara itu bahawa memandangkan kadar jenayah yang tinggi di Johor, negeri itu tidak selamat untuk pelabur luar membuat pelaburan di sana. Kononnya, warga Singapura baru-baru ini dilaporkan telah diculik di Johor…

Ekoran dari kenyataan Guan Eng yang tidak bertanggungjawab itu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkenal dengan chauvinis, komunisme dan ultra kiasu itu telah dikecam hebat oleh pelbagai pihak, khususnya rakyat negeri Johor. Persoalannya, benarkah di Johor banyak jenayah?

Menurut statistik yang saya perolehi, di Johor sahaja, sebanyak 639 kes jenayah telah dilaporkan berlaku di negeri jiran Singapura itu pada tahun 2010. Banyak, bukan? Namun, apakah ini menunjukkan Johor tidak selamat untuk para pelabur dalam dan luar negara melaburkan di negeri itu?

Kemudian, mari kita bandingkan pula dengan statistik jenayah yang berlaku di Pulau Pinang pada tahun yang sama. Menurut rekod, kes yang dilaporkan di negeri Pulau Mutiara itu adalah sebanyak 800 kes untuk populasi 100,000 orang di sana. Nah! Sekarang, cuba bayangkan berapa pula anggaran jumlah kes jenayah di Pulau Pinang untuk setahun dengan populasinya mencecah lebih 1.5 juta orang. 800 x 15! Berapa jawapannya? Anda kira sendiri…

Justeru itu, dengan jelas sekali kita boleh menangkap maksud perbezaan ini. Statistik dari kedua-dua negeri itu sangat jauh berbeza dengan menunjukkan bahawa Pulau Pinang mempunyai kadar jenayah yang jauh lebih tinggi berbanding Johor. Ironinya, Johor di tadbir oleh Barisan Nasional, manakala Pulau Pinang ditadbir oleh DAP dan pada tahun 2010, Lim Guan Eng adalah merupakan “Khalifah”nya!

Justeru itu, apakah niat Guan Eng memburuk-burukkan Johor? Dia cemburu dengan kejayaan dan kemajuan yang dikecapi oleh negeri di bawah pentadbiran BN itu? Kalau iya pun mahu memburukkan orang lain, carilah isu yang munasabah, logik, berfakta dan mempunyai bukti kukuh sebelum membuat kenyataan. Kenyataan “Khalifah” PAS dari DAP ini nampak sangat membohongnya!

Justeru itu, Guan Eng, selepas dihentam bertalu-talu oleh pelbagai pihak, telah membuat kenyataan memohon ampun dan maaf dari DYMM Sultan Johor dan rakyat Johor. Kononnya, dia tidak berniat untuk memburuk-burukkan negeri Johor. Itu saja alasannya? Tidak berniat? Habis tu, apa niat Guan Eng? Apakah Guan Eng berniat mahu mempromosikan negeri Johor dengan mengatakan bahawa “negeri itu tidak selamat”?

Nampaknya, sudah dua kali Guan Eng membuat kesalahan kepada DYMM Sultan Johor dan rakyatnya berhubung isu yang sama. Pertama kali dia memburuk-memburukkan Johor di media antarabangsa dan kali keduanya dia menipu pula dengan menyatakan dia tidak berniat untuk memburuk-burukkan negeri itu.

Persoalannya, apakah DYMM Sultan Johor dan rakyatnya sanggup memaafkan Guan Eng, anak kepada Lim Kit Siang itu? Bolehkah terima permohonan maaf yang jelas tidak ikhlas dan sekadar “membeli jiwa” itu?

Pada saya, orang seperti Guan Eng ini tidak perlu dimaafkan. Sebagai pemimpin, dia sepatutnya tahu intergriti, memeriksa terlebih dahulu tentang fakta dan berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan, apatah lagi kepada media! Media antarabangsa pulak tu! Bolehkah dimaafkan lagi?

Pada saya, Kerajaan Negeri Johor wajar bertindak menghantar writ saman kepada Guan Eng. Saman saja! Ajar budak sikat rambut ke tepi dengan minyak rambut berkilat di kepala itu. Sudah banyak kali dia buat hal di negara ini dan tidak ada siapa yang berani bertindak terhadap kenyataan biadap anak Kit Siang itu.

Bapanya bermulut celupar dan kurang ajar, samalah seperti anaknya ini. Bapa borek, anak rintik, perumpamaan yang sangat sesuai untuk Dinasti Lim di dalam DAP itu. Mereka anak beranak ini perlu di ajar secukup-cukupnya untuk bersyukur dibenarkan berkongsi hidup di negara ini. Kalau ikutkan hati dan saya punya berkuasa, dah lama kedua anak beranak ini saya hantar pulang ke China dan tarik balik kewarganegaraan mereka!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");