Perak Hari Ini

Igauan ngeri mangsa kemalangan

Nahas kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal ke tempat kerja pada 16 Mac tahun lalu menjadi igauan ngeri bagi mangsa kemalangan yang mengalami cedera di jari kaki.

Mangsa, Mad Rodi Yusuff, 30, berkata, dalam kemalangan yang berlaku pada jam 6 pagi di Jeram, Selangor, dia bertembung dengan sebuah kereta yang membuat pusing U.

Menurutnya, dia kesal dengan sikap pemandu kereta itu yang terus melarikan diri sebaik sahaja melanggarnya.

“Ketika saya ditimpa kemalangan, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan mengalami patah satu jari kaki kanan dan dua jari kaki kiri.

“Bantuan diberikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) saya gunakan untuk membuka bengkel membaiki motosikal di Parit 6, Kampung Belt, Chenderong Balai dan berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana sudi menolong saya,” katanya selepas menerima sumbangan RM 19,698 dari Perkeso Teluk lntan di Dewan Serbaguna Parit 9 Labu Kubong.

Hadir sama, Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Pegurus Pejabat Perkeso Teluk Intan, Sharifah Anisah Sayed Harun.

Sementara itu, Syarifah Anisah berkata, sepanjang tahun ini, seramai 46 majikan syarikat swasta dikenakan denda kompaun kerana lewat daftar perusahaan.

Katanya, ini juga termasuk tindakan kepada majikan yang tidak mendaftar pekerja dan tidak melaporkan kemalangan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dan akan terus bertindak kepada mana- mana majikan yang degil dan cuba melindungi kesalahan kerana perbuatan itu merupakan satu penganiayaan terhadap pekerja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");