Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri terus prihatin terhadap kebajikan rakyat

PENDUDUK berketurunan India di sekitar kawasan Parlimen Lumut melahirkan rasa penghargaan mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya Kerajaan Negeri yang terus prihatin terhadap kebajikan mereka terutamanya menjelang sambutan Hari Deepavali, 26 Oktober depan.

Seorang penduduk, L. Pitchakran, 60, berkata tiada kata yang dapat mengambarkan perasaan beliau yang terus menerima pelbagai sumbangan daripada Kerajaan BN walaupun beliau sebelum ini penyokong tegar parti DAP.

“Mereka (MIC) tahu yang saya merupakan penyokong DAP sejak dahulu lagi, namun mereka tetap membantu dan menghulurkan sumbangan setiap kali menjelang sambutan Deepavali.

“Hanya ucapan terima kasih yang saya termampu diucapkan. Terima kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan semua pucuk pimpinan MIC di Parlimen Lumut atas semua bantuan yang saya terima ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali di Sekolah Jenis Kebangsan Tamil  Wawasan di Pundut  dekat sini, hari ini.

L. Pitchakran berkata, beliau telah mengalami kecacatan kaki kiri sejak lahir dan turut diserang penyakit strok sejak bulan April tahun ini menyebabkan tidak dapat bekerja bagi menyara keluarga beliau di Ladang Sungai Wangi, Ayer Tawar, dekat sini.

Sementara itu, seorang lagi penerima, K. Muniamah, 57, dari Taman Megah, Sitiawan berasa sungguh gembira kerana ini merupakan kali pertama beliau disenaraikan sebagai penerima sumbangan berkenaan.

“Sebelum ini saya hanya mampu melihat sahaja kawan-kawan sebaya menerima sumbangan sempena Deepavali setiap tahun.

“Tahun ini, saya tidak lagi menjadi penonton.. malahan turut menerima sumbangan sekaligus memeriahkan lagi sambutan Deepavali bersma anak serta cucu pada tahun ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 780 orang penduduk India yang terdiri daripada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) masing-masing menerima sumbangan duit raya sebanyak RM100 dan pelbagai barangan makanan bernilai RM60.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Pangkor dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha merangkap Ahli Parlimen Lumut. – Nooraini Mahamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");