Berita Hari Ini

Kerajaan yakin kes baru HIV di Malaysia menurun sebelum 2015

Kerajaan yakin negara akan mencapai sasaran penurunan kes baru HIV kepada 11 kes bagi setiap 100,000 penduduk sebelum tahun 2015, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata, mulai 2003, jangkitan baru HIV mula menunjukkan penurunan secara konsisten sehingga mencapai 12.8 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2010.

“Saya amat yakin bahawa negara akan dapat mencapai sasaran itu sebelum 2015 dan ia mungkin jadi kenyataan lebih awal dari itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Aids Kebangsaan Kedua di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr. Teh Lei Choo.

Dr. Hasan berkata kes tertinggi dilaporkan pada 2002 iaitu sebanyak 28.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");