Kolumnis

Malaikat datang belah dan bersihkan dada Nik Aziz ketika berumur 4 tahun???!!!

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, tidak habis-habis dengan kontroversi memanipulasi Islam mengikut kemahuan akalnya sendiri. Tanpa menyedari tentang akalnya yang pendek dan fahamannya yang serong itu, Nik Aziz baru-baru ini dengan selamba menyatakan bahawa kelahiran Rasulullah SAW adalah sama dengan kelahiran bayi-bayi lain di muka bumi ini.

Di dalam tazkirah yang divideokan dan dimuat turun di lama Youtube tersebut, Nik Aziz menyatakan bahawa Rasulullah SAW hanya diangkat menjadi Rasul kepada Allah pada umur 40 tahun dan sebelum itu, dia hanyalah seperti manusia biasa lain. Nik Aziz turut menjatuhkan hukum menyambut Maulidur Rasul sebagai satu sambutan yang salah dan tidak wajar!

Saya beberapakali beristighfar ketika menonton “tazkirah” Nik Aziz yang seolah-olah menafikan maqam kemuliaan Muhammad SAW yang telah dimuliakan semenjak Baginda dilahirkan itu. Hati saya tiba-tiba menjadi panas dan jari-jemari tidak dapat menahan untuk mengecam Nik Aziz dari terus menghina Muhammad SAW, kekasih Allah SWT itu…

Tidakkah Nik Aziz tahu bahawa seawal kelahiran Rasulullah SAW lagi Baginda telah pun dimuliakan Allah SWT? Tidakkah Nik Aziz tahu bahawa sewaktu kelahiran Muhammad SAW, bayi yang dinamakan Muhammad ibnu Abdullah tidak langsung menyusahkan ibunya, Aminah binti Wahab? Ketika Muhammad dilahirkan, Aminah tidak langsung merasa sakit sebagaimana ibu-ibu lain melahirkan anak. Nik Aziz, samakah kelahiran Muhammad bin Abdullah dengan kelahiran “mamat-mamat lain di kampung”?

Ketika Aminah hamil dan mengandungkan Rasulullah SAW, beliau telah didatangi mimpi sadiq dengan kehadiran malaikat yang memberitahunya bahawa bayi di dalam kandungannya itu adalah seorang Nabi pilihan Allah dan Penghulu kepada sekalian alam. Malah diriwayatkan bahawa ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membuka pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang sebelum ini kering kontang tiba-tiba menjadi subur, pohonan kayu rimbun dan lebat berbuah. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan lautan yang sibuk memperkatakan tentang kelahiran junjungan besar, Muhammad SAW!

Itu yang berlaku sebelum Rasulullah SAW dilahirkan di muka bumi ini. Apakah sama dengan apa yang berlaku kepada ibu-ibu dan bayi-bayi biasa lain yang lahir di kampung-kampung sebagaimana yang dikatakan Nik Aziz?

Menurut riwayat lagi, ketika kelahiran Rasulullah SAW, Aminah dibantu sendiri oleh isteri Firaun yang dizalimi, Asiah, dan ibu Nabi Isa AS, Maryam. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Fenomena ini sama dengan apa yang berlaku kepada bayi yang bernama Muhammad di kampung Nik Aziz? Begitu?

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa’diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Saya ingin bertanya kepada Nik Aziz, dengan sifat-sifat kelahiran Rasulullah yang penuh dengan tanda-tanda kemuliaan “nubuwwah” tersebut, apakah ianya sama dengan kelahiran bayi-bayi lain yang disebutnya di dalam “tazkirah” tersebut?

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Bagaimana pula detik-detik kelahiran bayi lain di muka bumi ini? Bagaimana kelahiran Nik Aziz sendiri? Apakah malaikat datang memberitahu ibu Nik Aziz bahawa dia mengandungkan seorang “Mursyidul Am PAS”? Apakah ketika berumur 4 tahun, Nik Aziz didatangi malaikat untuk dibelah dadanya dan dibersihkan sebagaimana Rasulullah?

Memang benar Muhammad diangkat menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun. Namun kemuliaannya sudah tersirna sebelum kelahirannya lagi! Itu menunjukkan Muhammad bukanlah sama seperti bayi-bayi lain ketika kelahirannya sehingga Baginda diangkat menjadi Rasul Allah pada umur 40 tahun. Pokok pangkalnya, Nik Aziz pembohong!

Bayangkan, tazkirah tersebut disampaikan dihadapan sekelian jemaah yang taksub kepada Nik Aziz. Bayangkan bagaimana mereka percaya kepada dakyah yang disampaikan Nik Aziz kepada mereka tentang kemuliaan Rasulullah SAW. Bayangkan bagaimana mereka disesatkan dan bayangkan sejauh mana Nik Aziz telah menyesatkan ramai umat Islam di negara ini. Cuba bayangkan sekarang…

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");