Berita Hari Ini

Najib: Elaun, kemudahan MP juga dikaji semula

Bajet 2012 bukan sahaja menyentuh kebajikan rakyat jelata, malah turut menekankan usaha mahu menjaga kepentingan ahli-ahli Parlimen – mengkaji semula elaun dan kemudahan wakil rakyat.

“Menyedari tanggungjawab, tugas dan beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan program transformasi politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan dengan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 di Parlimen petang ini.

Bagaimanapun kata Najib, “dengan syarat kedua-dua pihak… parti kerajan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju.”

Kata Najib, elaun baru itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan kadar kenaikan yang hendak dibawa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");