Kolumnis

Najwan Fikir Anwar Bodoh Untuk Ambil Saiful Bekerja Dengannya?

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim dan barisan peguambelanya mengemukakan seorang “saksi misteri” bagi menjadi saksi pembelaan kes liwat II yang sedang dihadapinya. Memang misteri pun saksi tersebut. Tiba-tiba saja timbul, mengaku bekas rakan Saiful Bukhari Azlan dan cuba meyakinkan mahkamah untuk menerima keterangannya. Mohd Najwan Halimi, itulah nama saksi misteri itu.

Menurut Najwan, dia adalah bekas rakan Saiful Bukhari. Katanya, dia bersetuju bahawa Saiful memang berkaliber sebagai perwakilan pelajar. Namun katanya, Saiful tidak layak untuk menjadi pembantu peribadi Anwar memandangkan Saiful dikatakan tidak suka pada Anwar dan menyokong Barisan Nasional. Dia mengemukakan “friendster” milik Saiful sebagai bukti untuk menyokong fakta tersebut.

Selain itu, Najwan juga mengemukakan alasan bahawa Saiful telah bergambar dengan beberapa pemimpin UMNO dan ekoran itu, Najwan telah bertindak menulis email kepada Anwar untuk memberitahu latar belakang Saiful. Begitulah yang diceritakan Najwan di mahkamah.

Melalui cerita tersebut, Najwan mengharapkan agar mahkamah mempercayai bahawa Saiful tidak punya kreadibiliti untuk bekerja untuk Anwar. Dia mengharapkan agar mahkamah percaya bahawa BN menghantar Saiful untuk menjadi “spy” dan mengenakan Anwar Ibrahim melalui taktik “liwat”. Begitu?

Pertamanya, apakah Najwan fikir mahkamah sebodoh dia? Apakah Najwan fikir mahkamah akaan percaya dengan omongan kosong yang menggambarkan busuk hatinya? Dan apakah Najwan fikir dia boleh jadi “coffee boy” Anwar sekiranya memberi keterangan yang memburuk-burukkan bekas rakannnya itu?

Najwan fikir senang untuk seseorang itu diberi kepercayaan oleh Anwar Ibrahim untuk diambil bekerja dengannya begitu sahaja? Apatah lagi sebagai pembantu peribadinya yang sudah semestinya sering berkepit dengan Anwar ke mana saja dia pergi? Apa Najwan fikir Anwar sebegitu bodoh untuk tidak menyiasat latar belakang seseorang yang mahu diambil bekerja dan rapat dengannya?

Sudah tentu sebelum Saiful diambil bekerja sebagai pembantu peribadi, Anwar akan menyiasat terlebih dahulu tentang latar belakangnya. Itu normal untuk mana-mana ahli politik yang sememangnya banyak musuh di dalam dan luar parti. Seorang pembantu peribadi terutamanya sudah tentu menjalani proses temuduga yang ketat sebelum diambil bekerja. Terutamanya seorang pembantu peribadi seperti Saiful…

Justeru itu, saya percaya bahawa Anwar bersetuju untuk mengambil Saiful untuk bekerja dengannya setelah berjaya dalam temuduga yang ketat itu. Jika Saiful bencikan Anwar dan merupakan “spy BN” sudah tentu sudah lama Anwar mati! Bila-bila masa saja Saiful boleh letak racun dalam karipap kegemaran Anwar atau dalam minuman yang dihidangkan padanya. Bukankah Saiful merupakan “coffee boy” Anwar…?

Satu lagi, apahalnya nak jadikan Friendster sebagai bukti? Tindakan mempercayai maklumat dari Friendster adalah sama dengan mempercayai fakta di Facebook, terutamanya tentang identiti yang boleh dipalsukan! Sebagai contoh, cuba periksa berapa banyak akaun Facebook yang menggunakan nama pemimpin seperti Datuk Seri Najib, Rosmah Mansor, Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Wan Azizah, Nik Aziz dan banyak lagi. Boleh percayakah semua akaun tersebut milik rasmi mereka? Samalah juga dengan “Friendster”, boleh percayakah Friendster itu milik rasmi Saiful?

Najwan kata Saiful anti-Anwar? Mungkin betul fakta itu. Tapi itu lama dahulu. Mungkin selepas kemudianya bertemu Anwar, Saiful “jatuh hati” dengan pidato Anwar yang kononnya “benar-benar belaka” itu. Sedangkan puak-puak DAP dan PAS yang sudah lama berpolitik itu pun tertipu dengan pidato Anwar, apatah lagi budak “kanyaq” macam Saiful. Tidak mustahil untuk dia beralih arah menyokong Anwar selepas keluar dari universiti.

Untuk menukar parti, kita dapat lihat betapa ramai puak-puak penyokong Anwar yang asalnya penyokong kuat UMNO beralih angin menyokong “sesumpah” itu. Antaranya ialah Ezam, Zulkifli Noordin, Anuar Shaari dan ramai lagi. Namun akhirnya mereka tahu tembelang Anwar dan bertindak keluar dari PKR akibat hilang kepercayaan pada “petualang negara” itu. Jadi, adalah normal untuk Saiful beralih arah menyokong Anwar ketika itu dan setelah diliwat secara rela paksa, dia kembali semula kepangkuan kebenaran dengan meninggalkan Anwar! Itu normal.

Saya melihat, Najwan sendiri tidak punya kreadibiliti untuk berdiri sebagai saksi pembelaan bagi kes tersebut. Keterangannya berbaur cemburu pada Saiful. Najwan tahu, sekiranya Anwar dan Pakatan Haram menang PRU ke-13, sudah tentu Anwar akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri dan Saiful sudah tentu akan menjadi Pegawai Khas PM! Jawatan itu jauh lebih besar darinya yang kini hanya bekerja dibawah Khalid “Gagap”!

Dia mahu jawatan lebih besar, mungkin? Untuk itu, dia perlu menjatuhkan Saiful terlebih dahulu. Mungkin dia sendiri yang mencipta akaun “friendster” Saiful yang kononnya menunjukkan identiti membenci Anwar. Dia hantar email pada Anwar, kononnya Saiful benci Anwar dan sokong BN. Kemudian Anwar pecat Saiful dan ambil Najwan bekerja sebagai “pembantu peribadinya”. Itu teori yang ada kemungkinannya benar. Tidak mustahil, bukan?

Justeru itu, bolehkah kita terima dan percaya keterangan saksi misteri yang jelas tidak berkreadibiliti itu? Pada saya, dari lenggok bahawa barisan Peguam Cara Negara,  mereka sudah tahu tentang apa yang harus dibuat pada Najwan. Mudah saja nanti mereka patahkan keterangan saksi yang kononnya mampu “membela” Anwar dari dihukum dari kesalahannya meliwat Saiful. Tak percaya, nantikan Pendakwa Cara beri “buah kunci” padanya…

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");