Sukan Hari Ini
Like

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia

October 29, 2011
233 Views
0 Comments
51 seconds read
Negeri Sembilan juara Piala Malaysia

SHAH ALAM: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.

Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.

Hairuddin Omar memastikan kemenangan Negeri Sembilan menerusi rembatan cantik pada minit ke-85.

Pertemuan malam ini yang diselubungi kontroversi berkaitan harga tiket, merupakan final yang keenam bagi skuad Rusa.

Pasukan Negeri Sembilan menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1948 dan 2009.

Piala disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Komen & Pendapat

Leave a Reply