Perak Hari Ini

Nurul Azwa mendapat rawatan di Hospital Angkatan Tentera

PANGLIMA Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, semalam telah meluangkan masa melawat LK I Nurul Azwa Md. Nor di kediamannya di Taman Kiara, Kampung Koh, Sitiawan, Perak Darul RIdzwan.

Nurul Azwa telah mendapat rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut pada pertengahan tahun 2010 akibat jangkitan penyakit Hypoxic Brain Damage Secondary With Cardiac.

Nurul Azwa telah berkhidmat di dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama hampir tujuh. Ketika kejadian, beliau sedang berkhidmat di KD Malaya.

Penyakit yang dihadapi tersebut mula dikesan apabila Nurul Azwa diserang sawan pada hari ke-43 kelahiran bayi pertamanya.  Akibat dari serangan penyakit tersebut, seluruh tubuhnya lumpuh sehingga ke hari ini iaitu sudah hampir setahun.

Hasil imbasan CT Scan menunjukkan fungsi otak beliau telah terjejas kerana mengalami Celebral Oedema akibat kekurangan bekalan oksigen semasa pernafasannya terhenti.

Pada awalnya, beliau mendapat rawatan awal di Hospital Seri Manjung (HSM) pada 13 Oktober 2010 tetapi telah dipindahkan ke HAT Lumut pada 27 Oktober 2010 untuk menyambung rawatan nurseri.

Selain tidak mampu bergerak dan bercakap, Nurul Azwa hanya bergantung kepada orang lain untuk menguruskan diri.

Bayinya yang kini berusia 13 bulan dijaga oleh ibu dan bapa di rumahnya di Lekir, manakala Nurul Azwa turut dibawa pulang ke rumah setelah berada di HAT Lumut selama dua bulan.

Keadaan Nurul Azwa menyebabkan beliau perlu dipantau sepanjang masa. Segala keperluan asas perlu disediakan secukupnya untuk memastikan keselesaannya yang hanya terlantar diatas katil.

Dalam lawatan itu, PTL turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Nurul Azwa dan diharapkan agar sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung kerana terpaksa membelanjakan sehingga RM11,000 setahun.

Orang ramai yang ingin menyumbang, mereka boleh menghubungi Pejabat Kebajikan KD Malaya di talian 05-6817654 atau 05-6817639. – Nooraini Mahamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");