Sukan Hari Ini
Like

Pasukan Jetrace 1Malaysia ke Pusingan Akhir Jetski Dunia 2011

October 28, 2011
424 Views
0 Comments
2 minutes read
Pasukan Jetrace 1Malaysia ke Pusingan Akhir Jetski Dunia 2011

Petaling Jaya – Kemenangan 2 peserta Malaysia meletakkan diri mereka di dalam ‘top 10’ pelumba jetski dunia bagi 2 kategori kejohanan di Lake Havasu merupakan hadiah paling besar kepada peminat sukan jetski di Malaysia.

Mereka ialah Katherine Kong dan Mohd. Nur Azahari (atau Eddy Pangkor).

Katherine berjaya menduduki tempat ke enam bagi kategori ProAm Women Runabout. Beliau berlumba bersama Amy Green dari USA yang merupakan juara dunia sebanyak 4 kali di kejohanan World Finals ini.

Eddy pula berjaya menduduki tempat ke tujuh dalam kategori 800 Super Stock, yang menyaksikan beliau bersaing dengan dua juara dunia iaitu Teera Settura dari Thailand dan Abdul Al Bader dari Kuwait.

Penyertaan 1Malaysia Jetracing Team buat julung kalinya di World Finals ini telah membuahkan kemenangan besar yang semestinya menjadi pembakar semangat untuk pasukan ini meneruskan penyertaan di kejohanan tersebut tahun hadapan. Kejohanan kali ke 30 itu disertai oleh 40 negara menyaksikan Eddy seorang anak Melayu pertama dari Malaysia mengambil bahagian dan mencipta kejayaan memberangsangkan.

Presiden Kelab Sukan Kraft Air Malaysia (KSKA), YM Raja Putra Shah Raja Shahar Shah, berharap pada tahun hadapan lebih banyak tajaan dari pihak swasta dan kerajaan akan diperolehi untuk memberi sokongan padu merealisasikan penyertaan berterusan dari Malaysia sejajar dengan komitmen padu yang telah ditunjukkan oleh penaja korporat Malaysia di dalam F1 racing. KSKA bercadang untuk menambahkan lagi bilangan peserta di tahun hadapan.

Pejabat YAB Menteri Besar Perak  dan Kerajaan Negeri Perak telah membantu membiayai sebahagian perbelanjaan untuk anak kelahiran Pangkor iaitu Eddy Pangkor. Beberapa individu lain juga telah menyumbang tajaan masing-masing dalam bentuk tiket penerbangan dan perbelanjaan sampingan yang lain.

KSKA selaku penganjur dan pemilik 1Malaysia Jetracing Team adalah Ahli Bersekutu IJSBA – satu badan dunia yang bertanggungjawab menganjurkan World Finals dan penyediaan dan penyelarasan undang-undang dan peraturan berkaitan pertandingan ‘personal watercraft’ bagi seluruh ahlinya serata dunia.

Eddy Pangkor, Bersiap sedia ke perlumbaan.

Bagi memantapkan lagi penyertaan pada tahun hadapan KSKA akan memulakan program latihan berjadual tetap lagi komprehensif bermula Januari 2012 bagi melatih peserta mencapai tahap kompetitif yang diperlukan supaya dapat mengulangi sejarah yang telah dicatat oleh dua pelumba cemerlang ini. Jika tercapai matlamat latihan intensif ini, diyakini pelumba jetski dari Malaysia mampu mendapat kemenangan yang lebih baik lagi.

Komen & Pendapat

Leave a Reply