Perak Hari Ini

Pemuda BN perlu pastikan kemenangan pilihanraya kerana kekuatan parti

Barisan pemuda Barisan Nasional diingatkan supaya terus bekerja keras bagi memastikan parti itu memenangi pilihanraya disebabkan kekuatan parti itu sendiri dan bukanlah kerana kelemahan pembangkang.

Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim memberitahu pemuda parti itu perlu sedar akan faktor berkenaan kerana ia merupakan pendorong bagi setiap dari mereka untuk terus berusaha memperkukuhkan jentera belia BN.

“Kita jangan sibuk dan asyik bercerita mengenai isu yang ditimbulkan oleh parti pembangkang kerana ia menunjukkan kelemahan dan kebodohan parti itu sebaliknya lebih mengutamakan kepada pembangunan golongan belia yang lebih memerlukan khidmat pemuda BN.

“Biarkan Mat Sabu bercerita mengenai Bukit Kepongnya… abaikan isu Bendera yang ditimbulkan oleh Manoharan dan tidak perlu kita melayan kata-kata Lim Guang Eng mengenai rakyat Johor… apa yang perlu kita lakukan adalah bekerja keras dan berceritalah mengenai kekuatan BN… itu yang lebih baik.

“Jadi saya mahu pemuda balik dan fikir semula… adakah kita mahu kemenangan itu diperolehi disebabkan kelemahan mereka(Pakatan Rakyat) atau disebabkan kekuatan jentera dan kepimpinan Barisan Nasional,” katanya.

Barisan pemuda perlu menggalas tanggungjawab besar dalam usaha menerangkan kepada rakyat peranan kerajaan untuk memberikan kehidupan aman dan makmur kepada setiap golongan masyarakat.

Tambahnya lagi, sokongan padu serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat menjadi bukti kekuatan BN dalam memimpin negara.

Malah jelas Razali, kemenangan disebabkan kekuatan parti sudah tentu akan berkekalan dan kemenangan disebabkan kelemahan pihak hanya akan bertahan sementara waktu sahaja.

“Kita lihat ketika Tsunami politik berlaku pada pilihanraya lalu… sebagai contoh di Perak sendiri dimana Pakatan Rakyat mampu menang disebabkan kelemahan kita namun ia  tidak kekal lama dan akhirnya kemenangan itu berpihak pada Barisan Nasional.

“Jadi faktor kekuatan parti itu sangat penting dan sebagai pemuda kita perlu menggalas tanggunggjawab lebih bagi memastikan kemenangan itu berkekalan,” katanya

Razali ditemui selepas menghadiri Karnival Kerja anjuran Pemuda BN dengan kerjasama Kerajaan Perak di Dataran MBI petang tadi.

Turut hadir ke majlis itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir serta Pengerusi Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");