Isu Panas

Penulis lirik Bob Lokman ditahan Jais, dipercayai isu tauliah

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipercayai kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di Hulu Langat dekat sini malam tadi.

The Malaysian Insider difahamkan dia ditahan selepas solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui. Dia dipanggil untuk soal siasat oleh Jais hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi mengesahkan maklumat Bob Lokman ditahan oleh Jais.

“Ya, saya ada dimaklumkan dia ditahan malam tadi, bersama seorang lagi ustaz. Tetapi ustaz itu dikatakan ada tauliah,” kata beliau lagi.

Kata Dr Rani, beliau juga cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.

Bob Lokman dan ustaz yang ditahan malam tadi dilepaskan selepas dibawa ke balai polis tetapi disoal siasat Jais hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");