Berita Hari Ini
Like

Setelah Lebih 20 Tahun Pas Baru Terfikir Tubuh Jawatankuasa Pelaksanaan Hudud

October 28, 2011
59 Views
0 Comments
2 minutes read
Setelah Lebih 20 Tahun Pas Baru Terfikir Tubuh Jawatankuasa Pelaksanaan Hudud

HADI dan UTUSAN MALAYSIA

Cukup menghairankan…. setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan dan melaung-laungkan negeri itu sebagai Serambi Mekah dan sebagainya, baru sekarang mereka mengumumkan satu jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hudud di negeri tersebut.

Justeru persoalan yang timbul hari ini apakah tujuan Pas melaung-laungkan di dalam ceramah dan sebagainya pelaksanaan hudud di negara ini termasuk meleontarkan pelbagai tohmanan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mengulas mengenai perkara tersebut, Mudir Pondok di Kelantan, Ustaz Zainal Abdin Awang berkata itu adalah salah satu strategi mereka seperti tahun-tahun sebelum ini yang akan mewar-warkan isu berkenaan menjelangnya pilihan raya.

“Jadi bagi saya tidak pelik menjelangnya pilihan raya umum ke-13 mereka mewar-warkan sekali lagi, namun kali ini dengan nada berlainan dengan mewujudkan jawatankuasa tersebut.

“Kita mengalu-alukan jika mereka ikhlas untuk melaksanakannya selain menepati undang-undang Islam yang sebenar dan bukannya sekadar untuk memancing undi dalam usaha mengukuhkan parti itu yang kononnya berjuang untuk Islam sedangkan pada hakikat perkara itu samar-samar.

“Daripada negara Islam kepada Negara Berkebajikan.. apalagi yang mereka mahu tipu rakyat khususnya umat Islam hari ini. Saya akan membongkar satu persatu pembohongan Pas demi kepentingan ummah,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kelantan sebelum ini  meluluskan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll bagi membuat kajian tentang pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Jawatankuasa itu yang akan dianggotai 19 ahli akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Zainal seterusnya berharap jawatankuasa berkenaan akan memainkan peranan yang betul-betul dan bukannya sekadar alat politik murahan kerajaan Pas Kelantan untuk mengelirukan rakyat.

Ini kerana katanya mereka bertanggungjawab untuk memastikan perkara itu dapat direalisasikan sepertimana yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan Pas khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat..

“Selepas ini mungkin ada pula satu jawatankuasa lain terutama selepas PRU ke-13 nanti……Tak percaya tengoklah nanti. Akan ada pula alasan yang diberikan dalam usaha menutup pembohongan yang makin terdedah.

“Apa pun saya harap sangat-sangat jawatankuasa ini bukan sekadar “Pak turut” tetapi akan bertindak lebih daripada itu. Ingat…….Mereka boleh tipu rakyat tetapi tidak boleh tipu Allah s.w.t, “ katanya. -MediaUMNO

Komen & Pendapat

Leave a Reply