Berita Hari Ini

Suruhanjaya Tinggi India semak semula gaji minimum

Suruhanjaya Tinggi India di sini mengumumkan semakan semula garis panduan dan dokumen bagi majikan pekerja mahir dan tidak mahir dari India berkuat kuasa 1 Nov, yang turut merangkumi struktur gaji minimum bermula daripada RM800 sebulan.

Pekerja restoran, pembinaan dan pekerja am yang dikategorikan sebagai pekerja tidak mahir, mesti dibayar gaji minimum RM800 sebulan manakala pekerja di sektor perladangan, termasuk kebun, mesti dibayar RM850 sebulan.

Suruhanjaya tinggi itu berkata pekerja mahir bagi semua jenis pekerjaan mesti dibayar gaji minimum RM1,200 sebulan manakala gaji minimum pembantu rumah pula RM1,400 sebulan.

Ia menegaskan bahawa kontrak yang membabitkan upah di bawah gaji minimum tidak akan diperakukan oleh suruhanjaya tinggi.

“Majikan Malaysia juga perlu ingat bahawa tiada perubahan atau pindaan dibenarkan atau akan diterima dalam semakan kontrak pekerjaan, dan Kontrak Pekerjaan beserta borang EMI, Surat Akujanji dan semua dokumen lain mesti diserahkan sebelum perakuan dilakukan oleh Suruhanjaya Tinggi India,” katanya. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");