Berita Hari Ini

UNESCO lanjut status Langkawi Geopark hingga 2015

LANGKAWI: Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meluluskan tempoh status Langkawi sebagai Geopark disambung sehingga 2015 setelah dinilai semula pegawai badan dunia itu, baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Ramizi Hasan, berkata Langkawi Geopark diisytihar oleh UNESCO ‘Global Geopark Network’ sebagai geopark ke-52 pada 1 Jun 2007.

“Kita mengucapkan penghargaan kepada UNESCO kerana kelulusan itu setelah dinilai semula oleh dua pegawai Unesco pada Julai lepas”, katanya kepada di sini hari ini.

Beliau berkata banyak kejayaan dicapai sejak pulau peranginan itu diisytiharkan sebagai Geopark, terutama peningkatan kemasukan pelancong ke Langkawi.

Ramizi berkata beberapa aspek dinilai seperti sosio-ekonomi, pelancongan, pemeliharaan keindahan dan alam sekitar.

“Lada turut mengadakan karnival ulang tahun Langkawi Geopark dengan menganjurkan pelbagai acara baru-baru ini,” katanya. –

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");