Membawang Hari Ini
Like

“Itu Bukan Saya! Saya Akan Saman Laman Gosip Itu!” – Fauzi Nawawi

November 20, 2011
291 Views
0 Comments
3 minutes read
“Itu Bukan Saya! Saya Akan Saman Laman Gosip Itu!” – Fauzi Nawawi

Sebentar tadi dunia hiburan digemparkan dengan sebuah gosip panas yang membabitkan pelakon berprolifik, Fauzi Nawawi yang dikatakan mempunyai ‘kekasih gelap’.

Berdasarkan laporan yang diambil daripada sebuah laman gosip hiburan tempatan, kandungan gosip tersebut menyiarkan sebuah kisah benar berkenaan Fauzi yang memiliki skandal dan ‘kononnya’ disahihkan berdasarkan lima keping screenshot blackberry Messenger (BBM) –  sebagai bukti dakwaan mereka benar.

Lima keping screenshot yang disiarkan pada laman gosip itu menunjukkan perbualan diantara ‘fauzi’ dengan seseorang yang dipercayai kekasih ‘Fauzi’. Antara kandungan yang perbualan yang dapat dilihat kononnya ‘Fauzi’, memendam rasa terhadap Lisdawati yang dikatakan lebih mementingkan keluarga dan antara lainnya turut menyatakan ingin berkahwin lagi.

Tidak ingin mempercayai dakwaan ini, maklumlah dunia hiburan pasti ada ‘permainannya’ tersendiri. Tidak elok main terjah tanpa usul periksa bukan? Apalagi yang melibatkan hal rumah tangga orang. Oleh yang demikian,  OHBULAN! berjaya mendapatkan kenyataan Fauzi berhubung dakwaan ‘panas’ ini menerusi perbualan telefon yang baru dibuat sebentar tadi.

Fauzi nyata terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan dia menyifatkan laporan tersebut sebagai satu fitnah.

“Apa nombor BB pin saya? Sebab setahu saya, hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui BB pin saya. Kalau sekadar gambar tertera wajah saya ianya belum dapat membuktikan itu adalah saya.”

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Dari segi gaya perbualan / tulisan dalam mesej itu jelas sekali membuktikan ia sama sekali bukan saya. Kalau sekadar gambar, sesiapa pun boleh menyamar sebagai saya. Sebelum ini pernah juga terjadi di mana saya pernah join BB group, dan salah seorang teman bertanya sama ada benarkah ini ‘Fauzi Nawawi’, dan saya mengiyakan dan bertanya kenapa, lalu teman tersebut memberitahu bahawa sebelum ini ada individu dengan nama yang sama mengaku dirinya adalah ‘Fauzi Nawawi’ (menyamar). Jadi jelas di sini siapapun boleh menyamar,” ujar Fauzi Fauzi dalam nada tegas.

Fauzi menganggap apa yang terjadi ini sebagai satu ‘game’ buat dirinya, sambil memerli pihak terbabit agar terus menyebarkan fitnah kerana hakikatnya, dia dan isterinya (Lisdawati) bahagia.

Menyentuh semula tentang kandungan mesej tersebut yang turut menyatakan ‘Fauzi’ meluahkan masalah keluarga kepada individu (dipercayai skandal) tersebut sehinggakan menyatakan keinginan berumahtangga sekali lagi, Fauzi ada jawapannya.

“Saya tidak pernah bercerita masalah keluarga saya sama ada dengan ibu saya sendiri waima ibu mertua saya, inikan lagi bercerita meluah segala masalah kepada orang luar, tidak sama sekali.”

“Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak akan meninggalkan isteri saya, walau apa terjadi sekalipun, Insyaallah. Dan saya akan sedaya upaya cuba cari jalan untuk menyaman laman gosip tersebut kerana apa yang terjadi ini adalah satu fitnah melampau yang mengaibkan saya dan boleh menjejaskan rumah tangga saya. Walau apa cara sekalipun saya tetap akan membuat tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam usaha menyebar gosip berunsur fitnah ini. Saya akan menegakkan kebenaran walau hingga ke lubang cacing!” akhiri Fauzi di hujung perbualan bersama wartawan OHBULAN!, 30 minit tadi.

-OhBulan-

Komen & Pendapat

Leave a Reply