Berita Hari Ini, Perak Hari Ini

27 jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Seramai 27 jemaah haji dari Malaysia meninggal dunia sehingga hari ini, demikian menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, lima jemaah haji meninggal dunia pada hari wukuf di Padang Arafah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Paduka Rosmah Mansor adalah antara 28,000 rakyat Malaysia yang melaksanakan rukun haji tahun ini.

Selain itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli turut menyertai rombongan negara bagi menyempurnakan rukun Islam kelima.

Rombongan dijadual pulang ke tanahair pada 10 November ini.

Tahun ini, kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia berwukuf, salah satu rukun dalam ibadah haji, tengah hari semalam.

Wukuf yang jatuh pada 9 Zulhijjah adalah ibadat yang wajib dilaksanakan jemaah termasuk bagi mereka yang sakit walaupun seketika.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");