Membawang Hari Ini

Acong Cari Duit Kahwin Dalam MLM

Mungkin ramai yang tidak tahu, hakikat sebenar figura bernama Ahmad Fauzi Manat atau Acong Sweet Child (Acong) menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM) bukanlah semata-mata untuk menang saja.

Malah Murai Batu dibisikan bahawa tujuan utama Acong menyertai MLM adalah demi mencari rezeki tambahan untuk majlis perkahwinannya nanti.

Sungguhpun Murai Batu kurang pasti tentang tarikh sebenar pernikahan Acong dengan kekasihnya yang cun melecun itu, tapi Murai Batu diberitahu Acong sangat berharap agar dia bersama kumpulannya, Anje dapat menjejakan kaki ke pentas akhir MLM yang bakal berlangsung pada 31 Disember ini.

Khabarnya, Acong terpaksa menolak beberapa tawaran kerana telah memberikan komitmen seratus-peratus terhadap program besar tersebut.

Malah, Acong sebolehnya mahu majlis perkahwinan itu bertambah meriah dengan kurniaan rezeki dari program MLM.

Pun begitu, Murai Batu merasakan apa yang dihasratkan oleh Acong itu terletak pada dirinya dan seorang lagu anggota kumpulan Anje iaitu Joey.

Walaupun dia berjaya mendapat 30 peratus undian penuh daripada peminatnya, mereka masih tidak boleh pergi jauh sekiranya juri tidak menyebelahi persembahan mereka kerana 70 peratus lagi markah masih datang dari 3 juri profesional dan seorang juri jemputan.

Apapun, berdasarkan penilaian Murai Batu terhadap persembahan Anje dari minggu pertama dan kedua, Murai Batu dapat merasakan mereka boleh pergi jauh sekiranya mengekalkan konsisten persembahan. Jika tidak, berkemungkinan besar Anje akan terus terheret dalam senarai terbawah setiap minggu.

Dalam pada itu, Murai Batu juga menganggap hasrat untuk mencari duit lebih demi melangsungkan perkahwinan bukan saja dari Acong seorang, malah Murai Batu turut dapat tahu, Joey juga dikhabarkan bakal menamatkan zaman dudanya bersama Watie Elite menjelang Januari depan.

Jadi, tidak hairanlah kalau Murai Batu melabelkan kumpulan ini mampu pergi jauh dengan alasan mulia iaitu untuk mendirikan masjid.

Walau apapun, rezeki ada di mana-mana. Apa yang paling penting sekarang ialah usaha dan tidak meninggalkan segala peraturan yang telah ditetapkan yang Maha Esa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");