Kolumnis

Belum Perintah Negara, Dah Nak Buang Kerja Kakitangan Awam!

Memang hebat Pakatan Haram. Belum pun memerintah negara, mereka sudah berura-ura untuk membuang separuh dari jumlah kakitangan awam di negara ini. Memandangkan pada masa sekarang jumlah kakitangan awam adalah 1.2 juta orang, dianggarkan seramai 600,000 orang dari mereka akan kehilangan mata percarian dan kelebihan yang dinikmati dari kerajaan.

Siapa punya kerja? Ini semua kerja DAP. Melalui Tony Pua “long-kang”, dalam satu seminar anjuran DAP di Johor, dia menyatakan bahawa satu projek khas akan dilaksanakan oleh Pakatan Haram sekiranya berjaya membentuk kerajaan pada Pilihanraya Umum ke-13 ini. Projek tersebut diberi nama “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam”.

Menurut sebuah akhbar berbahasa Cina yang memecahkan rahsia DAP ini, SinChew Daily, Pakatan Haram akan membuang mana-mana kakitangan yang mereka rasakan tidak berprestasi tinggi dan kurang aktif. Untuk kakitangan awam yang dibuang di bawah kategori tersebut, maka mereka akan diberikan pampasan setengah bulan gaji.

Setengah bulan gaji sahaja??? Katakanlah gaji seorang bapa yang bekerja sebagai pembantu am rendah berjumlah RM1000 dan dia dibuang kerja oleh Tony Pua dan Kerajaan Pakatan Haram, maka dia hanya akan diberi pampasan sebanyak RM500 sahaja! Dalam pada itu, dia kehilangan kerja, tempat dia mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarganya! “Baik” sungguh hati pemimpin Pakatan Haram ye?

Sebelum ini, CUEPECS menggesa agar kerajaan menaikkan tempoh persaraan bagi kakitangan awam, daripada pada aras umur 58 tahun kepada 60 tahun. Dan kemudiannya Perdana Menteri dan Kerajaan bersetuju untuk menerima cadangan CUEPECS tersebut, malah mereka diberi bonus dan penyelarasan gaji yang setimpal lagi!

Tapi kerajaan Tony Pua ini mahu kakitangan awam yang sudah tua di mata mereka untuk segera berhenti kerja dan sesiapa antara mereka yang mahu berhenti kerja awal, adalah sangat Pakatan Haram alu-alukan. Teruk betul cara kerajaan Pakatan Haram. Kenapa tak dibunuh saja kakitangan awam yang sudah tua itu? Kan senang sikit, tak payah kerajaan Pakatan Haram nak ambil tahu lagi pasal mereka…

Pada saya, ini merupakan satu tamparan hebat kepada kakitangan awam yang menyokong Pakatan Haram selama ini. Padan muka! Itulah, orang sudah beritahu macam-macam pasal pemimpin-pemimpin yang mereka sanjung itu, tapi kerana dibutakan oleh kuasa, mereka tetap juga nak sokong puak-puak DAP, PKR dan PAS.

Jadi, bersedialah sebaik mungkin sebelum dibuang kerja kalau Pakatan Haram memerintah. Rata-rata kakitangan awam yang sokong Pakatan Haram ini begitu terkenal dengan sifat curi tulang, “mengular”, dan memang malas bekerja, tapi komplennya banyak! Nah! Sekarang tahulah mereka langit tinggi atau rendah! Sudah bersedia untuk dibuang kerja oleh DAP?

Kadangkala, memang payah untuk meyakinkan penyokong-penyokong Pakatan Haram ini. Mereka memang totok menyokong membuta tuli. Suara mereka disekat sampai jadi bisu sekalipun, mereka tetap nak sokong jugak. Kali ini, rezeki mereka pula menjadi taruhan. Kalau mereka tetap menyokong Pakatan Haram, maka memang “lembu” lah mereka ini…

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");