Jenayah

Ekspedisi Berakit Sungai Perak tersenarai dalam kalendar pelancongan negeri

Khazanah dan keindahan Sungai Perak, antara destinasi eko-pelancongan di Perak bakal diterokai sepanjang Ekspedisi Berakit Sungai Perak 2011 yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 29 November ini.

Ekspedisi berakit sejauh 115 km yang bermula dari Kuala Kangsar dan berakhir di Pasir Salak Resort itu antara lain bertujuan menyemai semangat cintakan alam sekitar di kalangan generasi muda.

Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman, projek julung kali itu memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang kepada kelangsungan bumi melalui aktiviti yang sihat.

“Penyertaan dalam ekspedisi ini mampu memberi gambaran penting kepada generasi masa kini menjaga dan memelihara sungai serta alam semulajadi untuk tatapan generasi akan datang.

“Bertemakan Transformasi Demi Kelangsungan Hidup, beberapa aspek berkaitan turut dititikberatkan termasuklah peserta tidak dibenarkan membuang sampah ke dalam sungai dan pengumpulan botol plastik air mineral di sepanjang ekspedisi berlangsung,” katanya kepada pemberita pada di Ipoh, hari ini.

Katanya, penganjur menawarkan hadiah lumayan kepada kumpulan yang bertanding dengan pemenang pertama membawa pulang wang tunai RM4,000 beserta piala pusingan, medal dan hamper.

Tambah beliau, ekspedisi itu akan disertai 45 kumpulan dengan setiap kumpulan diwakili 10 peserta yang yang mewakili pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta dan kelab rekreasi yang berdaftar di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan, pada 25 hingga 26 November, setiap kumpulan katanya, dikehendaki menyediakan rakit masing-masing.

“Ekspedisi berakit akan bermula pada 27 November bermula di Kuala Kangsar dan sepanjang perjalanan ke Pasir Salak, peserta akan berpeluang melihat aktiviti penduduk serta produk tempatan seperti labu sayong,” katanya.

Mengulas lanjut, ekspedisi berakit itu juga katanya, bertepatan dengan matlamat kerajaan negeri menjadikan Kuala Kangsar sebagai pusat aktiviti air di Perak.

Tegasnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membina jeti dari kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Sungai Perak bagi memudahkan pelancong menyusuri sungai terbabit dengan menaiki bot.

“Setakat ini, banyak permintaan diterima daripada pelancong yang berminat untuk menyusuri Sungai Perak menggunakan rakit dan kita akan menggunakan laluan ekspedisi anjuran USM ini sebagai salah satu pakej pelancongan bagi Daerah Kuala Kangsar,” katanya lagi.

Menurutnya, ekspedisi itu bukan sahaja akan dijadikan acara dalam kalendar pelancongan Perak tetapi juga dipakejkan bersama tarikan lain di daerah berkenaan.

“Kita perlu menonjolkan pakej yang unik kerana Perak terpaksa bersaing dengan Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur yang masing-masing mempunyai kelebihan dari segi bangunan warisan.

“Oleh itu, kerajaan mahu memperkenalkan pakej yang menyusuri dan menjejaki keindahan alam semulajadi yang unik seperti Hutan Belum, Bukit Larut dan terbaru, Sungai Perak,” ulasnya lagi.

Terdahulu, Hamidah menyaksikan penyerahan tajaan bagi penganjuran ekspedisi dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Tourism Malaysia Perak masing-masing menyumbang RM40,000 dan RM20,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");