Membawang Hari Ini

Enam Peserta Tersingkir Minggu Ketiga Maharaja Lawak Mega

SHAH ALAM: Seramai enam peserta Maharaja Lawak Mega yang mendapat markah terendah disingkirkan pada minggu ketiga program itu.

Daripada jumlah itu, lima peserta telah disingkirkan terlebih dahulu sebelum konsert berlangsung adalah kumpulan Lanun, Comel, Gebu, Caer dan Rap.

Manakala kumpulan Anje gandingan Joey dan Achong tersingkir pada akhir minggu ketiga konsert berlangsung dengan peratusan terendah sebanyak 39 peratus.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, penyingkiran itu dibuat kerana format program berkenaan telah dibuat dari awal selain memberikan elemen kejutan kepada penonton.

Nizam berkata, sejarah program realiti negara ini juga tidak pernah melibatkan sebanyak 17 peserta dan penyingkiran lima peserta pada awal program adalah sebagai amaran kepada peserta untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.

“Ini adalah kejutan MLM dan penyingkiran lima peserta itu akan memberikan ruang kepada peserta yang masih kekal untuk bersaing dengan pelbagai idea segar dan menghiburkan,” ujarnya.

Kumpulan Anje tersingkir pada minggu ketiga.

Dalam pada itu, Nizam memberitahu peserta paling tinggi mendapat markah pada minggu ketiga adalah kumpulan Pi Mai (62 peratus) diikuti 3G (62 peratus), Boboi (57 peratus), Saehu (55 peratus), Osbon (53 peratus).

Manakala Hiro (49 peratus), JH (48 peratus), Bawel (47 peratus), BP (47 peratus), Adlin (46 peratus), Syok (42 peratus) dan Anje (39 peratus).

Sementara itu, chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) selaku juri tetap MLM agak kecewa dengan persembahan peserta minggu ini dan menyifatkan lawak mereka sebagai sederhana.

“Ada peningkatan dalam persembahan tetapi sedikit mengecewakan kerana ia tidak membuatkan semua penonton ketawa besar dengan jenaka mereka.

“Mereka perlu menumpukan kepada pengisian lawak yang ingin dipersembahkan selain latihan yang cukup untuk memberikan persembahan mantap,” ujarnya.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");