Membawang Hari Ini
Like

Gambar Itu Cuma Seksi, Tak Adalah Sampai Berbogel – Zarina Anjoulie

November 19, 2011
1140 Views
0 Comments
1 minute read
Gambar Itu Cuma Seksi, Tak Adalah Sampai Berbogel – Zarina Anjoulie

Agak lambat untuk Abang Nara menulis tentang maklum balas daripada Zarina Anjoulie di dalamBerita Harian tentang kontroversi gambar seksinya di FHM Indonesia baru-baru ini.  Rupa-rupanya, Zarina Anjoulie pernah menolak sebanyak 2 kali untuk bergambar dengan FHM Indonesia kerana diminta memakai pakaian yang terlalu seksi.

Dalam banyak-banyak jawapan yang diberikan, Abang Nara tertarik dengan jawapan untuk persoalan sengaja menempah penyakit dengan bergambar sebegitu.

Untuk pengetahuan semua, saya pernah ditawarkan untuk mengadakan sesi fotografi dengan majalah itu sebanyak dua kali dan saya tolak kesemuanya. Antara sebabnya adalah saya tidak mahu bergaya terlalu seksi seperti yang dikehendaki mereka. Bagaimanapun, sewaktu menjalani sesi fotografi itu di Indonesia dua bulan lalu, berat badan saya naik, sekali gus menyebabkan tubuh dan payudara saya berubah bentuk. Dan baju yang mereka sediakan pun ketat. Disebabkan itulah gambar yang disiarkan nampak terlalu seksi. Itupun saya berusaha juga untuk menutup bahagian tertentu. Namun ada juga aksi yang terlepas dan gambar itulah yang mereka pilih untuk disiarkan. Alah! Gambar itu cuma seksi, tak adalah sampai berbogel pun.

-BeautifulNara-

Komen & Pendapat

Leave a Reply