Perak Hari Ini

Gambar sebagai bukti Pemaju cuba menceroboh Taman Lapangan SSI

Ini adalah gambar dimana pemaju projek yang cuba menceroboh dan memasuk ke dalam Taman Lapangan SSI. Gambar ini telah diberi kepada Perak Today oleh salah seorang penduduk disini yang sempat mengambil gambar ketika pemaju meruntuhkan tiang-tiang pagar dan cuba membuat jalan keluar dari tapak projek melalui Taman Lapangan SSI.

Cuma kami di Perak Today agak terkejut apabila salah seorang wakil dari Pemaju yang berjumpa dengan MBI selepas mereka bertemu dengan penduduk lapangan SSI mengatakan mereka tidak pernah cuba ceroboh Taman lapangan SSI? Kalau begitu kenyataannya mengapa ada gambar ini? Selepas wartawan dari Perak Today bertanyakan soalan ini, salah seorang wakil dari pemaju disitu mengakui bahawa mereka memang ada menurunkan pagar tersebut tetapi setelah diberitahu MBI akan datang jumpa penduduk, mereka memasang semula pagar itu.

Melihat sikap pemaju yang sebegitu, kami di Perak Today merasakan ada sesuatu yang tidak kena. kami akan siasat dengan lebih lanjut kenapa Pemaju tersebut sangat berani dengan penduduk tetapi dengan MBI pula mereka langsung tak takut mahupun risau. Cara MBI dan Pemaju berkomunikasi juga banyak menimbulkan keraguan bilamana Pemaju dengan selamba boleh berkata “buat masa ini tak boleh pakai jalan ni”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");