Sukan Hari Ini

Indra Putra Antara Tiga Bekas Pemain Menyertai Kijang

Indera Putra Mahyuddin merupakan antara muka lama yang diambil kembali menyertai pasukan “The Red Warriors” menghadapi musim bola sepak 2012.

Dua lagi bekas pemain tunggak bola sepak Kelantan yang turut diambil semula ialah Azizi Mat Rose dan Mohd Norfarhan Muhammad, demikian diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa di sini hari ini.

Beliau berkata Kafa turut mengambil tiga pemain import iaitu dari Lubnan Mohamed Ghaddar dan dua lagi pemain Ghana iaitu Onine Emmanuel dan Danny Antwi untuk menguatkan pasukan juara Piala Malaysia 2010 itu.

“Kesemua mereka telah menandatangani kontrak dengan KAFA untuk tempoh sekurang-kurangnya satu hingga tiga tahun mulai musim depan,” katanya kepada pemberita di sini.

Annuar berkata dengan pengambilan pemain itu membolehkan Kafa membuat persiapan awal menghadapi saingan ketiga-tiga kejohanan iaitu Piala Liga FA, Liga Super dan Piala Malaysia, di bawah jurulatih baharu Kelantan Peter James Butler.

“Kita membuat persiapan lebih awal bagi memburu misi mempertahankan juara Liga Super musim lalu, selain untuk merampas Piala FA dan mahu ke Bukit Jalil dalam menghadapi saingan Piala Malaysia musim depan,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");