Perak Hari Ini

Isteri Timbalan Perdana Menteri Melawat PPDK Pangkalan TLDM

ISTERI Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Norainee Abd Rahman baru-baru ini telah meluangkan masa melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Hadir sama, isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Saripah Zulkifli; Isteri Panglima Tentera Laut, Puan Sri Sarah Abd Ghafar; Isteri Panglima Armada, Datin Wira Rodzi Abdullah serta Panglima Markas Bantuan merangkap Pengerusi PPDK TLDM Lumut, Datuk Abdul Ghani Othman serta isteri Datin El Liza Idris.

Terdahulu Datin Seri Norainee bersama-sama tetamu telah dibawa ke Jugra untuk menjamu selera serta menunaikan solat zohor dan memulakan lawatan pertama ke Pusat Pemulihan Dalam Komoditi TLDM (PPDK).

Ketibaan di sambut mesra oleh guru-guru, penjaga dan anak-anak istimewa PPDK TLDM.

Program dimulakan dengan lawatan sekitar PPDK iaitu bilik Multi Sensori yang berfungsi sebagai tempat rangsangan bagi anak-anak OKU yang bermasalah autisme, bilik pembelajaran anak-anak OKU yang mempunyai masalah anggota serta bilik pengajaran pertuturan yang merangkumi kajian kes dan intervensi awal yang memberi kaunseling dari segi nasihat pencegahan awal.

Selain daripada itu, rombongan turut dibawa ke taman permainan khas bagi anak-anak OKU dan kolam permainan pasir yang terbahagi kepada motor halus yang khas untuk pergerakan jari dan motor kasar untuk melatih anak-anak OKU berjalan dan melawat bilik fisioterapi untuk pelatih-pelatih yang menghadapi masalah anggota terlantar dan melihat kolam hidroterapi yang bernilai RM120,000.

Kolam tersebut di dapati berkesan untuk pemulihan terapi hidro dan hanya dua orang pelatih sahaja dibenarkan dalam satu sesi kolam tersebut.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan wang dan cenderamata kepada pelatih-pelatih PPDK TLDM. Acara kemuncak di PPDK TLDM adalah upacara menanam pokok Salix Babylonica (Weeping Willow) dan diteruskan dengan sesi bergambar bersama warga PPDK TLDM.

Latar belakang Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau Community-Based Rehabilitation (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Program PDK didefinisikan sebagai satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU.

Program ini juga dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhimatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan.

Selesai di PPDK, seterusnya  Puan Sri Datin Seri Diraja di bawa ke Kelas  Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 2 yang menempatkan pelajar-pelajar yang berumur 6 tahun ke atas.  – Nooraini Mahamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");