Perak Hari Ini

Kebajikan Kaum Keturunan India Akan Terus Dibela – Datuk Tajuddin

USAHA berterusan akan dijalankan bagi membantu masyarakat kaum India khasnya di kawasan luar bandar di negara menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul sekaligus mengeluarkan mereka dari golongan  miskin.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, berkata kerajaan tidak pernah memandang rendah permasalahan yang dihadapi oleh mereka dan akan sentiasa membantu mereka.

Beliau berkata kerajaan telah membantu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat India sejak puluhan tahun lalu termasuk masalah penempatan penduduk.

“Kerajaan tidak pernah menganaktirikan kaum India dan telah menangani pelbagai masalah yang timbul sejak dulu lagi.

“Ini bukan perkara baru… ianya dijalankan secara berterusan dan bukan bermusim seperti yang dibuat oleh pihak parti pembangkang.

“Kita (kerajaan) akan meneruskan usaha ini termasuk membantu penduduk di sini yang menghadapi masalah permohonan lot tapak rumah seperti yang dibangkitkan hari ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Deepavali 2011 Kampung Sri Langkap, Langkap.

Majlis anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Komuniti Kampung Sri Langkap, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut dihadiri kira-kira 150 orang penduduk India tersebut turut dihadiri masyarakat Melayu dan Cina dari kawasan sekitar.

Pada majlis tersebut, Tajuddin yang juga Pengerusi Felcra turut meluluskan peruntukan segera bagi menaiktaraf pelbagai kemudahan Dewan Komuniti Kampung Sri Langkap termasuk membekalkan dua unit khemah, kerusi dan meja serta menyumbang wang tunai RM3,000 bagi membiayai perbelanjaan majlis itu.

Menurutnya, Deepavali yang dianggap sebagai Pesta Cahaya oleh penganut Hindu membawa satu pengertian bermakna  kerana ia  membawa semua kaum berhimpun di majlis tersebut.

Justeru itu, Tajuddin berharap rakyat Malaysia termasuk kaum India memberi keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara ini. – Nooraini Mahamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");