Berita Hari Ini

Malaysia Perlu Jadi Destinasi Makan Untuk Tarik Kunjungan Semula Pelancong

Malaysia perlu menjadi destinasi makan yang sukar dilupakan bagi menarik pelancong berkunjung semula ke negara ini, kata Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit.

Sehubungan itu, beliau menggesa sektor swasta agar bekerjasama dengan kerajaan bagi mempromosi pelancongan kulinari tempatan kerana ia merupakan cara terbaik bagi pelancong mengetahui tempat baru yang menarik serta eksotik.

“Ini sudah pasti akan membantu menjana ekonomi kerana dikatakan hampir seratus peratus pelancong akan berbelanja untuk membeli makanan di destinasi yang mereka kunjungi,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Festival Makan Kitchen Eksotik Sarawak di sini.

Acara kemuncak festival tiga minggu itu, yang bermula hari ini hingga 27 Nov, ialah resipi masakan eksotik tradisional Sarawak oleh dua chef undangan Bidayuh yang boleh didapati pada harga RM59 bagi seorang dewasa untuk makan tengah hari dan RM89 untuk makan malam.

Festival itu juga mempamerkan tarian etnik penduduk Sarawak serta kemahiran mereka menghasilkan kraftangan yang tahan lama di restoran berkenaan sepanjang tempoh ia berlangsung.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");