Perak Aman Jaya

Menilai semula strategi sektor pekerjaan di Perak

PERAK perlu mengenal pasti kekuatan dan mengkaji semula strategi untuk menghentikan pekerja tempatan yang mahir dari berhijrah, Kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Negeri Perak, katanya, telah ketinggalan dari segi tenaga kerja yang berbakat kerana ramai yang berhijrah ke negeri lain yang menawarkan ganjaran yang lebih tinggi seperti di Pulau Pinang dan Selangor.

“Sudah tiba masanya bahawa kerajaan melihat bagaimana untuk menyelesaikan isu ini.

“Bagaimanapun  kita akan cuba untuk menarik generasi muda yang berkemahiran tinggi supaya dapat menyumbang pengetahuan mereka dan kekal bekerja di Perak yang sedang membangun maju walaupun ini adalah perkara baru, sudah tiba masanya kita melihat semula strategi ini.

“Kita perlu mengenal pasti kekuatan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia.

Perbincangan, yang bertujuan untuk mewujudkan perkongsian pintar antara agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta, telah dihadiri oleh ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat multinasional dan juga pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Mengenai kekurangan pekerja mahir yang dihadapi oleh lima industri utama di negeri itu, Dr Zambry berkata terdapat keperluan untuk mengadakan mesyuarat antara kementerian dan negeri dan peserta industri untuk datang dengan pelan kontingensi.

“Saya juga berharap Kerajaan Persekutuan akan membantu kita dalam meningkatkan peluang pelaburan di Perak,” katanya.

Beliau menambah bahawa majlis makan tengah hari itu memberi ruang yang baik untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh industri-industri di negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");